.

Thursday, 7 June 2012

Muzakarah PAS dan UMNO

Bilamana musim pilihan raya menjelang tiba, sejak dari dulu hingga sekarang, isu Muzakarah PAS dan UMNO akan ditimbulkan media perdana. Ianya bertujuan untuk menunjukkan ‘keikhlasan’ UMNO yang inginkan orang Melayu yang beragama Islam bersatu. Hakikat bahawa sepanjang tempoh UMNO memerintah, iaitu pada masa di luar musim pilihan raya, mereka menindas dan menzalimi PAS tidak pula diambil kira.

Sebenarnya sekiranya UMNO benar-benar ingin bersatu, dan atas dasar Islam, sudah lama ianya berlaku. Malangnya ianya hanya tipu muslihat musim pilihan raya dan ummat Islam Malaysia sepatutnya sudah lali dengan permainan ini. Keikhlasan untuk bersatu sepatutnya didahului dengan pembayaran royalti minyak pada kerajaan Negeri Kelantan dan penghentian segala dasar menganaktirikan Negeri tersebut. Ianya semestinya didahului pengakuan kekesalan atas tindakan zalim kerajaan BN selama ini dan keinsafan terhadap amalan rasuah yang telah dibudayakan BN. Tetapi, oleh kerana ianya hanya tipu muslihat pilihan raya, maka itu semua sudah hampir pasti tidak akan dilakukan.

Kenyataan TGNA tentang bermuzakarah hanya atas dakwaan kononnya PAS sesat dan usaha mengharamkan penggunaan nama Islam kepada parti politik. Ianya tiada kena-mengena dengan soal kerjasama PAS dengan UMNO. TGNA ingin mendengar penjelasan dari UMNO kenapa mereka tolak politik Islam dan mengapa mereka ingin PAS menolaknya juga.

Saya pun sebenarnya hairan dengan seorang Mufti dari Perak ini. Sebagai seorang yang mendokong syariat Islam, beliau sepatutnya berusaha supaya semua parti ummat Islam, khususnya UMNO, berjuang atas landasan Islam. Ini tidak. Sebaliknya beliau ingin penggunaan nama Islam diharamkan dan dalam masa yang sama, sebagai dasar sesebuah parti politik! Hairan bin Ajaib. Apa punya jenis Mufti yang dibela di bawah pentadbiran UMNO/BN?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist