Oleh Adil Mat Selamat
Seperti biasa apabila ada sahaja pemimpin luar negara yang
memuji-muji pentadbiran Najib Razak, maka bercananglah media-media
kawalan UMNO-BN. Pada ketika ini mereka menjadi media paling waras dalam
dunia bila mana isi ungkapan atau kenyataan memuji itu diangkat
melangkaui penilaian terhadap nilai individu atau sumber yang
mengeluarkan kenyataan tersebut.
Namun kewarasan itu hilang apabila rakyat Malaysia turun padang
menyokong gerakan aman BERSIH kerana media yang dikawal UMNO-BN
menggembargemburkannya sebagai yang ganas. Putar-belit media ini ialah
mahu melupakan tentang ratusan ribu rakyat bersama BERSIH kerana mahu
diheboh-hebohkan beberapa samseng yang memecah kereta polis.
Beginilah propagandis UMNO memutar bahan dan fakta menjadi sejarah
yang akan dikenang dalam arkib politik Malaysia. Benarlah teori yang
mengatakan bahawa sejarah ditulis oleh mereka yang berkuasa, dalam kes
Malaysia maka UMNOlah yang menjadi Tun Sri Lanangnya.
Bila McCain memuji Najib
Maka propagandis itu juga cuba menunjukkan dunia memuji Najib. Soal
Senator John McCain memuji Najib dengan menganggapnya sebagai reformis
ulung atau melihat Najib seorang yang bersih dan tidak korup, itu soal
tanggapan John McCain sendiri.
Beliau sebagai tetamu negara, bodohlah jika dia menghina Najib dan
akan nampak sangat kedangkalan ahli politik yang tewas di tangan Obama
untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat ini jika mengeluarkan kenyataan
sedemikian. Maka, apabila beliau memuji Najib, itu bukanlah perkara luar
biasa, sebaliknya hanya biasa-biasa saja.
Malah, kita sebagai demokrat yang meraikan kepelbagaian dan perbezaan
pendapat, kita tetap menyambut baik kenyataan ini kerana, siapa pun
Najib, beliau tetap Perdana Menteri Malaysia yakni PM kepada seluruh
rakyat Malaysia. Soal siapa yang suka atau tidak, atau parti mana yang
mengangkatnya menjadi PM, itu soal lain.
Justeru itu, siapa Najib di mata senator John McCain hanya akan
tinggal sebagai satu nilai yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada
rakyat dan politik Malaysia amnya. Malah reputasi Najib yang sanggup
membayar puluhan juta wang rakyat kepada APCO International untuk
menggilap imejnya tidak akan mengejutkan kita dengan kenyataan senator
dari Amerika ini menerusi akaun ‘twitter’nya.
Analisa ini akan menjelaskan lagi bagaimana terdesaknya pentadbiran
Najib apabila pujian John McCain menerusi akaun percuma ‘twitter’nya
diambil, dipuja dan dijulang seolah-olah ia merupakan satu kenyataan
rasmi dari pentadbiran Amerika Syarikat!
Mengapa Najib terdesak?
Soalannya, jika benar Najib seorang yang tidak korup, reformis ulung
dengan imej dan reputasi politik yang bersih lagi suci, mengapakah
beliau kelihatan begitu terdesak untuk menggilap imejnya di mata rakyat?
Atau jika benarlah pujian John McCain ini begitu memberi impak
positif, mengapa tidak dibubar sahaja Parlimen untuk diadakan pilihan
raya umum sekarang?
Atau, jika kenyataan John McCain ini benar-benar mencerminkan
keunggulan pentadbiran Najib, mengapa kesemua lapan tuntutan BERSIH
masih gagal ditunaikan? Kita yakin, John McCain sendiri tidak akan
‘tweet’ jawapan ini.
McCain pula tidak datang ke Malaysia berseorangan. Beliau ditemani
oleh Senator Joe Lieberman, pembela Israel yang tegas dengan
pendiriannya mendesak kerajaan Amerika mengebom Iran jika republik Islam
itu enggan menghentikan usaha menghasilkan bom nuklear.
Terpampang di wajah media senyum lebar Najib bertemu dengan dua
pemimpin politik Amerika ini yang tegas dengan sokongan mereka kepada
Israel. – Roketkini.com
Wednesday, 6 June 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Soalannya, jika benar Najib seorang yang tidak korup, reformis ulung dengan imej dan reputasi politik yang bersih lagi suci, mengapakah beliau kelihatan begitu terdesak untuk menggilap imejnya di mata rakyat?
ReplyDeleteKerana dgn cara ini mereka yg.kurang berpengatahuan mengenai POLITIK akan percaya ..dan bagi msyarakat FELDA akan merasa selesa menerima RM15k dan terus menerus menyokong BN .,wpun hakikat sebenarnya mereka untung sekarung tapi rugi seguni eh! silap rugi berguni guni.
Jgn maree.