.

Thursday 31 May 2012

Menteri Besar Ugut Guru-guru; Tindakan ‘Belum Merdeka’

KEMAMAN – Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Haji Ismail Harun menyifatkan tindakan Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said mengugut para guru sebagai tindakan yang ‘belum merdeka’.

Beliau berkata, dalam satu perjumpaan dengan para guru, Pengerusi Perhubungan Umno itu telah memberi amaran akan mengambil tindakan kepada para guru sekiranya tidak menyokong dan mengundi Umno dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang.

“Tak usah rasa takut, walaupun Menteri Besar dalam perjumpaan dengan guru-guru baru-baru ini ada sebut, dia kata dengan tekan nombor sahaja (compute) dia tahu (guru-guru) mengundi balik (belah) mana, dia ugut cikgu,

“dia (Ahmad) silap, ugut cikgu le ni (sekarang) tak jadi perkakas (tak jadi hal kerana cikgu cerdik pandai),”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam program minum petang bersama selebriti yang diadakan di Pekan Air Putih, di sini pada Rabu petang 30 Mei.


Beliau sebaliknya mengingatkan guru-guru, sekiranya mereka masih ‘termakan’ dengan ugutan Ahmad Said, lebih baik golongan yang dianggap ‘cerdik pandai’ itu menjadi murid semula.

Menurutnya, Ahmad Said juga tidak perlu memberi amaran akan mengambil tindakan kepada guru-guru yang menyokong PAS dan Pakatan Rakyat kerana Umno dan BN akan kalah pada pilihanraya umum akan datang.

“(Ahmad) ugut kalau tak pangkah BN ‘jagalah para guru’ (akan ambil tindakan), tak payah ‘jagalah’ apabila Umno-BN kalah nanti, dia tidak boleh berbuat apa-apa lagi,”jelasnya.


Turut sama dalam program ‘santai’ berama Bob Lokman dan Mel Wings itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kemaman Haji Zulkifli Md. Yakim yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan DUN Air putih  dan Ketua Muslimat DUN Puan Faridah Yahya merangkap Ahli Jawatankuasa Muslimat Kawasan./~buletin online

1 comment:

  1. Bebal sungguh MB Trengganu ni! Kalau nak ugut cikgu2 pun, cerdiklah sikit. Cuba kau cerita sikit macam mana kau boleh kesan sama ada seorang guru tu undi PAS/PR atau UMNgOk? Kau ingat cikgu2 ni bodoh macam kau dan lembu2 Shahrizat ke? Habislah kau masa PRU13 nanti!

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist