Menurut sumber yang hampir dan boleh dipercayai bahawa Tan Sri Kadir
Sheikh Fadzir telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden
NGO AMANAH dan akan tubuhkan parti baru yang dikenali Parti Ikatan
Bangsa
Malaysia (Ikatan). Saya tak pasti sejauh mana benar berita ini tapi
itulah yang di war-warkan.
Sebelum kita pergi lebih lanjut adalah lebih baik kita mengetahui serba sedikit mengenai AMANAH itu sendiri.
Pertubuhan Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) ialah mengamalkan pendekatan
politik
sebagai platform dalam menyuarakan pandangan yang dibangkitkan rakyat.
Ini yang dinyatakan oleh Presiden AMANAH Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau
juga menjelaskan penubuhan NGO ini untuk perjuangan menjaga kepentingan
rakyat tanpa mengira fahaman dan ideologi.
Datuk Seri
Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah dilantik menjadi Timbalan Presiden AMANAH.
Kenapa Bekas Menteri Penerangan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Abdul Kadir
Sheikh Fadzir akan menubuhkan parti baru yang dinamakan Parti Ikatan Bangsa
Malaysia atau nama singkatnya IKATAN?
Parti ini dijangka akan bergabung
dengan PAS/PKR/DAP dalam Gagasan Pakatan Rakyat. Penghebahan secara rasmi
akan dibuat pada Khamis ini dengan menghebohakan apa dia logo dan hala tuju
perjuangan parti tersebut.
Adakah parti ini menjadi macam KITA?
Ramai penganalisis politik melihat cara pergerakkan Tan Sri Abdul Kadir
Sheikh Fadzir dalam hala ini bermula melalui siri lawatannya di
Terengganu untuk berjumpa Presiden PAS dan di Kelantan untuk berjumpa
dengan Mursyidur Am PAS adalah ilham kepada penubuhan IKATAN.
Pengalamannya bersama dengan Tengku Razaliegh dan Tamrin Gaffar yang
masih ahli UMNO menunjukkkan i ada sesuatu yang perlu dibuat untuk
mereka yang masih UMNO bagi mencari satu alternatif untuk meninggalkan
'bangkai' yang sudah tidak boleh diselamatakan lagi.
Sudah pasti sokongannya datang dari mereka
yang belum berparti dan dari UMNO sendiri. Kalau itulah hasrat, ini
adalah suatu cubaan yang berat dan berisiko daripada beliau memasuki
PAS.
Sama-sama kita tunggu kebenarannya khamis ini./~hassan omar
Peniaga wanita dipercayai dibunuh ketika COD
1 minute ago
ABU>>>
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletejangan percaya yang datang dari umno-apco ! nanti kena main belakang !
ReplyDelete