Oleh Iza Suraiya
Perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur pada 28 April lalu telah
berjaya menghimpunkan hampir tiga ratus ribu orang tanpa mengira kaum,
bangsa, agama, umur malah gender. Perhimpunan duduk-dan-bantah itu
menghimpunkan orang awam yang mahukan sistem pilihan raya yang bersih
menggantikan permainan kotor UMNO-BN. Mereka hadir ke perhimpunan
tersebut kerana mereka tahu dan jelas apa objektif yang ingin
dibawakan.
Beberapa hari lalu, UMNO-BN cuba menarik perhatian anak-anak muda dan
belia dengan menganjurkan program yang namanya Himpunan Jutaan Belia
1Malaysia. Anak-anak muda belia itu telah dihidangkan dengan persembahan
artis-artis terkenal yang juga merupakan daya penarik untuk memastikan
kehadiran anak muda pada perhimpunan tersebut.
Berbeza dengan BERSIH 3.0, himpunan propaganda UMNO-BN itu telah
menggunakan wang cukai rakyat kerana ia dianjurkan oleh kementerian dan
agensi kerajaan persekutuan. BERSIH pula lahir daripada semangat
sukarelawan rakyat Malaysia yang mengeluarkan wang untuk membeli
t-shirt, tambang bas atau LRT serta membeli minuman dengan wang saku
sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.
BERSIH milik siapa?
BERSIH 3.0 bukan milik mana-mana parti politik. Ia wujud atas
kesedaran rakyat Malaysia yang prihatin. Ia tidak menerima peruntukan
kerajaan atau wang cukai rakyat, malah Pakatan Rakyat atau BN tidak
terlibat sama sekali dengan pucuk pimpinan jawatankuasa BERSIH.
Rakyat hanya mahu menyuarakan bantahan terhadap amalan pilihan raya
kotor kerajaan UMNO-BN. Pada 28 April lalu, himpunan yang dijadualkan
hanya akan berlangsung selama dua jam di Dataran Merdeka tetapi ia telah
ditolak permohonannya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mengikut
telunjuk tampuk kuasa Putrajaya di pada saat-saat akhir. Kononnya
dikhuatiri akan berlakunya keganasan atau tercetusnya kekecohan di
tengah-tengah bandar raya.
Walau bagaimana pun, sebenarnya hal ini juga sudah pastinya dijangka
terjadi, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang cintakan ketelusan dalam
pentadbiran dan terutamanya semasa pilihan raya, ia sebenarnya tidak
langsung mematahkan semangat generasi muda terutamanya untuk
memperjuangkan tuntutan lapan perkara untuk pilihan raya yang adil,
bebas dan bersih. AMat jelas sekali matlamat BERSIH walau ia cuba
dikotorkan oleh kerajaan UMNO-BN yang sudah biasa dengan politik kotor.
Himpunan siapa punya?
Hal tersebut tidak berlaku dalam Himpunan Jutaan Belia 1Malaysia yang
jumlah kehadiran tidak ada kena-mengena dengan perkataan “juta”, mereka
tidak diperjelaskan tujuan utama ia diadakan. Seolah-olahnya anak muda
yang dijemput hadir untuk mneikmati acara hiburan yang dipersembahkan
kepada mereka dengan semuanya ditanggung oleh pembayar cukai Malaysia,
dan kemudian dipropagandakan kepada mereka supaya mengundi BN dalam
pilihan raya akan datang!
Dengan menyalahgunakan amanah wang rakyat untuk pembangunan dan
kebajikan rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tanpa
segan-silu telah mempergunakan acara himpunan belia itu untuk meminta
mereka mengundi BN. Difahamkan, ramai juga belia di himpunan tersebut
yang diberi t-shirt percuma “I Love PM”.
Berapa puluh juta ringgit agaknya wang cukai rakyat dikorbankan untuk
kempen pilihan raya UMNO-BN yang menyamar sebagai himpunan belia?
Mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya membisu dengan penyalahgunaan kuasa ini
di mana kempen pilihan raya BN yang diadakan sekarang?
“Kerajaan BN boleh menjadikan hari esok lebih baik daripada hari
ini,” kata Najib kepada anak-anak muda yang seronok dengan nyanyian
artis dan persembahan lumba kereta drift, termasuk yang terbabas dan
mencederakan ramai belia.
Apa mesejnya?
Lapan tuntutan BERSIH adalah:
1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Akses media yang bebas dan adil
5. Tempoh berkempen minimum 21 hari
6. Perkukuh institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor
Mudah, jelas dan mampu dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan yang
berijiwa rakyat, beramanah dan telus. Hanya kerajaan yang zalim sahaja
akan menolak tuntutan hasil iltizam rakyat sendiri.
Manakala himpunan beliau anjuran BN yang menyalahgunakan wang cukai
rakyat pula adalah kempen politik untuk memujuk, menekan dan memaksa
golongan muda mengundi BN.
Perbezaan yang amat ketara jelas di antara perjuangan rakyat dan
politik gila kuasa UMNO-BN. Bagi BERSIH, ia adalah reformasi politik
yang melibatkan rakyat jelata manakala bagi UMNO-BN, ia sanggup
menyalahgunakan wang rakyat serta undang-undang untuk mengekalkan kuasa
bila mana rakyat semakin hilang keyakinan terhadap pimpinan kerajaan. –
Roketkini.com
Thursday, 31 May 2012
BERSIH 3.0 vs Himpunan Jutaan Belia BN 1Malaysia
2012-05-31T16:43:00+08:00
Nizar
politik|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba9 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-