Oleh: Shahbudin Husin
Sejak akhir-akhir ini nampaknya begitu galak NGO-NGO yang pro UMNO
melakukan pelbagai tindakan untuk mempertahankan parti itu sejak
perhimpunan Bersih 3.0 yang jelas memperlihatkan UMNO makin kesakitan
untuk mengekalkan kuasanya. Dengan tujuan mengalih perhatian terhadap
kebangkitan rakyat, sebuah NGO yang bernama Ikatan Usahawan Kecil dan
Sederhana Malaysia atau IKHLAS mengadakan protes jualan burger di depan
rumah Pengerusi Bersama Bersih, S Ambiga atas kerugian yang kononnya
mereka alami ketika perhimpunan Bersih 28 April lalu.
Tidakan IKHLAS ini jelas kurang matang dan tersasar dari fakta kerana
jika mereka menjalankan perniagaan pada hari tersebut,tentunya
keuntungan berlipat kali ganda dapat diraih kerana ratusan ribu yang
hadir dalam perhimpunan itu adalah merupakan pembeli berpotensi untuk
makanan seperti burger dan air minuman. Sepatutnya mereka tidak menutup
kedai pada hari tersebut, malahan menambah stok jualan.
Tetapi oleh kerana IKHLAS ini tidak ikhlas untuk berniaga dan menambah
rezeki tetapi lebih ghairah untuk menjadi nasi tambah dalam pergolakan
politik semasa, maka mereka telah melakukan tindakan yang memalukan
diri sendiri pada mata rakyat. IKHLAS sebenarnya lebih sibuk untuk
menjadi NGO pro UMNO daripada melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk
ahli-ahlinya sendiri.
Yang terbaru pula, susulan dariada perhimpunan Bersih juga, Persatuan
Veteran Tentera Melayu atau PVTM trlah mengadakan demo "senaman
punggung", juga di depan rumah Ambiga sebagai bantahan kerana kononnya
tindakan Ambiga mengetuai Bersih telah merosakkan imej negara.
Mengadakan bantahan dengan bersenam sambil menggoyang-goyangkan punggung
adalah perbuatan lucah, tidak beradab dan keluar sama sekali daripada
tata susila bangsa Melayu dan rakyat Malaysia yang matang serta beradab
sopan.
Haruslah difahami bahawa politik adalah perjuangan yang berteraskan akal fikiran dan kematangan. Dengan bergaya
lucah dan menunjuk punggung untuk melawan perjuangan Bersih yang
menuntut ilihanraya yang bersih dan adil hanya membuktikan PVTM sebuah
lagi NGO pro UMNO yang tidak matang dan kebudak-budakan. Sukar
mempercayai bekas askar boleh terlibat aksi sebegini. Sepatutnya kalau
PVTM mahu melawan Bersih 3.0 yang berjaya menghimpunkan 300 ribu orang,
mereka seharusnya menganjurkan satu perhimpunan yang boleh dihadiri oleh
lebih ramai daripada itu.
Tindakan PVTM mengadakan demo lucah dan biadap seramai 15 orang hanya
menunjukkan mereka adalah NGO pro UMNO yang pra matang. Tiada apa-apa
sumbangan mereka kepada UMNO akibat perlakuan itu. Jumlah penyokong UMNO
tidak akan bertambah kerananya. Pengundi atas pagar akan lebih menjauhi
UMNO kerana kebiadapan aksi yang ditunjukkan itu. Di mata rakyat
gelagat NGO ini hanya berjaya "mengharamjadahkan" imej UMNO semata-mata
kerana perlakuan mereka dilihat seolah-olah dinaungi serta direstui oleh
UMNO dan pimpinannya.
Dengan aksi yang seperti "haram jadah" yang ditunjukkan itu, sudah
tentulah UMNO akan dilihat sedemikian rupa juga. Dengan pemikiran
pengundi semakin kritikal sekarang ini, gelagat pra matang PVTM ini
hanya menambahsukarkan lagi UMNO dan BN untuk menghadapi pilihanraya
akan datang ini.
Sebelum itu, dengan tujuan menyindir Azmin Ali yang didakwa terlibat
dalam aksi seks sebagaimana yang diheboh-hebohkan melalui penyebaran
video yang mirip dirinya, sebuah NGO tanpa nama telah mengadakan demo
Duduk dan Jilat di Shah Alam sambil mengagih-agihkan aiskrim percuma
sambil berpesan "jangan makan airkrim dalam tandas" kepada mereka yang
sudi menerima pemberian aiskrim percuma yang entah siapa penajanya itu.
Perlakuan NGO ini juga bercirikan lucah, jijik dan biadap yang
bertentangan sama-sekali dengan budaya rakyat Malaysia.
Meskipun NGO ini mengatakan mereka tidak memihak kepada mana-mana parti
politik tetapi dengan penglibatan beberapa invividu dalam demo itu jelas
sekali membuktikan mereka mempunyai kaitan yang rapat dengan UMNO dan
pemimpin tertentu. Apakah manfaat yang UMNO perolehi daripada demo Duduk
dan Jilat ini?
Jawapannya sudah tentu kosong. Sekali lagi - kosong. UMNO sebenarnya
tidak memperolehi apa-apa manfaat daripada demo ini. Sebagaimana demo
"senaman punggung" di depan rumah Ambiga yang tidak menyebabkan undi
UMNO bertambah dan tidak juga meyebabkan Najib akan memperolehi
keputusan lebih baik dalam pilihanraya akan datang, demo Duduk dan Jilat
ini juga tidak menyumbang sesuatu yang baik kepada UMNO, selain aksi
dan gelagat mereka itu berjaya menjadikan imej UMNO kelihatan seperti
"haramjadah" pada pandangan umum.
Sebelum demo jualan burger, aksi Duduk dan Jilat serta senaman punggung,
sebuah lagi NGO iaitu TIBAI telah juga dilancarkan dan kini sedang
bergerak aktif mengadakan ceramah dengan sasaran menyerang peribadi
Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan pelbagai perlakuan seks serta moral
yang diragui. NGO ini yang dianggotai oleh mereka yang pernah rapat
dengan Anwar dan menghentam UMNO serta Tun Mahathir suatu ketika dahulu,
berbuat demikian semata-mata untuk membantu UMNO dan mengekalkan Najib
sebagai Perdana Menteri. Dua orang daripada anggota kanan kumpulan ini
sudah pun diberikan jawatan Senator oleh Najib iaitu Ezam Mohd Nor dan
Datuk Nallakaruppan.
Kesemua perlakuan dan aksi NGO ini ialah untuk membantu UMNO dalam
pilihanraya akan datang. Tetapi mungkinkan UMNO menang dengan bantuan
kempen yang berunsur seks, lucah, serangan peribadi, aksi biadap dan
tanpa akhlak ini?
Kiranya UMNO merasakan gelagat NGO-NGO terbabit sesuatu yang
membanggakan dan berupaya menambahkan jumlah undi dalam pilihanraya akan
datang, eloklah UMNO bermuhasabah semula sebelum menghadapi pilihanraya
ini. Dengan perlakuan pra matang NGO-NGO terbabit yang lamgsung tidak
memberi manfaat kepada imej UMNO selain menjadikan UMNO kelihatan lebih
kotor dan "haram jadah" di mata rakyat, UMNO dan BN mungkin ditimpa
bala yang lebih besar jika semua NGO ini terus bermaharalela seolah-olah
mereka sayap baru UMNO dan BN serta "anak emas" Najib menjelang
pilihanraya akan datang ini.
Perlakuan mereka akan menyebabkan pengundi pelbagai peringkat merasa lebih jijik untuk menyokong UMNO dan BN. (SH 15/052012)
-Shahbudin dot com
Guru ditahan miliki ganja bernilai RM6,300
8 hours ago
ITULAH KERJA-KERJA LEMBU PAWAH ,DICUCUK HIDUNG,TENUK & NANGOI TANPA AKAL & MARUAH ,MEMALUKAN MELAYU ISLAM SAJA !
ReplyDeleteGerombolan soldadu expired yang sakit jiwa
ReplyDeletemana tak nya,pokek dah di sogok ngan duit..mana nak ingat dunia...
ReplyDelete