inilah tanda awal kejatuhan kerajaan.
Bila
tarikh pilihanraya bermula, selepas dua peristiwa besar berlaku di
negara kita ini. Pertama perhimpunan BERSIH 3.0 yang melihatkan lebih
250,000 orang keluar ke Dataran Merdeka kerana bantah dan duduk supaya
SPR mengadakan pilihanraya yang adil pada PRU13 nanti.
Kedua
himpunan sambutan hari lahir UMNO yang ke 66 yang dapat menghimpunkan
lebih kurang 100,ooo ahli diseluruh negara dengan arahan punggah dan
menyediakan pengakutan berbayar, bolehlah dianggap berjaya juga.
Melihat
kepada kedua peristiwa ini, sudah tentu PR akan mendesak kerajaan
supaya membubarkan parlimen dalam masa terdekat kerana 'mood' untuk
menukar kerajaan sedang berasak-asak dalam pemikiran rakyat di malaysia
hari ini, kelesuan sambutan rakyat terhadap program parti UMNO kian
terasa kini setelah berbagai usaha dibuat bagi mendapat sokongan.
Yang
jelas dapat dilihat ialah melalui program BR1M yang mana rakyat
dihulurkan wang ringgit sebanyak RM500. tapi tidak merangsangkan rakyat
menyokong UMNO secara total. Dan apabila pengagihan BR1M gagal mendapat
sokongan sedangkan RM Billion telah dilaburkan kini kerajaan beralih ke
kawasan FELDA yang mana sekurang-kurangnya boleh menyelamatkan sebanyak
56 kerusi Parlimen Melayu.
Itu
saja harapan yang ada pada UMNO., sebab itulah satu keluarga peneroka
diberi habuan yang dipanggil durian runtuh sebanyak RM15,000 satu
keluarga. Biasanya wang ringgit kerajaan tidak bertahan sehingga kehari
plihanraya dan sekiranya ini berlaku maka pelaburan sebanyak 1.7 billion
ringgit yang kerajaan curahkan kepada peneroka FELDA tidak akan
mendapat sokongan kekal sehingga hari PRU.
Apa
saja rancangan yang dibuat oleh kerajaan dan UMNO sekarang dilihat satu
cubaan membeli undi oleh rakyat. Bantuan kepada murid sekolah RM100.00,
bantuan buku teks RM200.00, BR1M RM500.00, Durian Runtuh FELDA
RM15,000, Kedai 1Malaysia, Klinik 1M semuanya diterima oleh rakyat
kerana rakyat faham semuanya itu adalah tanggongjawab sebuah kerajaan
dan duit tersebut adalah duit rakyat.
Rakyat
tahu hak mereka, kempen UMNO yang mengatakan itu adalah hasil
perjuangan UMNO diketawakan oleh rakyat, kerana rakyat juga tahu bahawa
kekayaan negara malaysia ini kerana adanya rakyat yang membayar cukai
dan atas penat lelah semua rakyat malaysia tak kira parti mana sekali
pun. Jadi rakyat tahu hak mereka.
Tumbangnya
kerajaan BN nanti bukan kerana rakyat tidak berterima kasih kepada
pemimpin negara yang lalu dan dasar kerajaan yang telah diamalkan pada
masa lalu, tapi rakyat menolak kerajaan sekarang kerana pemimpinnya
tidak peka terhadap masaalah rakyat, rasuah berlaku didepan mata, kroni
semakin menebal dan balaci UMNO tidak dapat meyakinkan rakyat bahawa
mereka itu mempunyai budi pekerti yang baik.
Kegagalan
pemimpin UMNO mendisplinkan ahli-ahlinya terutama balaci yang begitu
rendah moralnya dengan mengeluarkan berbagai-bagai penulisan dan kata
nesta kepada rakyat yang tidak menyokong UMNO menambahkan lagi kebencian
rakyat kepada kerajaan kerana rakyat tahu orang UMNO yang bercakap
pasal keburukan orang lain itu, perangainya lebih buruk dari 'yahudi'.
Fasa
kedua kebangkitan rakyat bukan kerana rakyat menyokong Anwar Ibrahim,
Haji Hadi Awang, Lim Kit Siang tapi rakyat mahu melahirkan bahawa
sekarang ini kerajaan sudah tidak mampu membendung kemungkaran berlaku
didepan mata. rakyat mahu menyelamatkan negara dari diperguna untuk
mengaut kekayaan oleh 'haram jadah' (pinjam kata PM Najib). Rakyat mahu
sebuah kerajaan yang benar2 bersih dan adil.
Lagi
cepat tarikh pilihanraya diumumkan,maka lagi cepatlah rakyat malaysia
akan dapat sebuah kerajaan baru sekiranya PR dapat membezakan perjuangan
diantara kemenangan kerusi parlimen dengan kemenangan untuk meletakkan
kroni sebagai calun./~NEWKK
wow, aku dah kira berapa orang kat situ. 28 juta. wow. Pakatan menang!!!
ReplyDeletesifir dia mudah, kalau pakatan 28 juta, sah sah la umno 28 ribu. Kalau umno kata seratus ribu org, sah sah la pakatan blh dpt 350ribu org keatas...umno kan parti paling 'sendu' di mesia abad nih takkan tatau
ReplyDeletekah kah kah wow. jgn jelessss