Ramai penganalisis melihat Najib masih lagi dibayangi oleh Tun Mahathir dan juga Datin Rosmah. Dalam sambutan Umno 66 tahun ramai wartawan mengambil kesempatan untuk mendapatkan komen Tun Matahir terhadap DS Najib.
Tun Dr Mahathir Mohamed yakin Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, berupaya memperoleh kemenangan lebih baik dalam pilihan raya umum akan datang berbanding pencapaiannya pada 2008.
Mahathir yang turut disoal mengenai tarikh paling sesuai dipilih Perdana Menteri untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke 13 lantas memberi pandangan ianya sewajarnya diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Bekas
Presiden UMNO itu turut mendakwa kenyataan Bekas Presiden MCA Tun Dr.
Ling Liong Sik yang tidak yakin kekuatan BN untuk menawan Selangor pada
Pilihan Raya seterusnya.
"Hendak kata
tidak menang tu tidaklah... tetapi kita perlu ambil masa, saya fikir
kalau saya masih jadi Perdana Menteri, saya akan ambil masa yang cukup
(sebelum membubarkan parlimen), kita ada sampai 2013," katanya.
Dr Mahathir berkata beliau tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara itu.
"Yang lebih penting ialah apa yang kepimpinan mahu beliau lakukan," jelasnya lagi.
-artikel dari sini