Pejabat saya telah mendapat aduan dari penduduk Kampungg Pandan dan
kawasan-kawasan berdekatan dengannya bahawa alamat rumah mereka telah
digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendaftarkan
"pengundi hantu".
Kg Pandan adalah di dalam kawasan Dewan Negeri Chempaka. Menurut mereka, mereka tidak mengenali pengundi-pengundi tersebut.
Mereka
juga memaklumkan bahawa mereka telah menetap di rumah mereka sejak
kampung tersebut dibuka pada tahun 60-an lagi. Atau yang pernah mendiami
rumah mereka adalah keluarga mereka sendiri seperti ibu bapa mereka.
Malah yang paling mencurigakan, pendaftaran pengundi baru tersebut berlaku selepas tahun 2008.
Dalam
kajian yang dilakukan oleh Pejabat saya, terdapat pertambahan pengundi
yang mendadak bagi alamat-alamat yang tertentu. Berikut adalah
sebahagian dari kajian tersebut;
Oleh
itu, hasil kajian ini adalah bukti bahawa terdapat usaha-usaha yang
terancang untuk memindahkan pengundi-pengundi ke dalam kawasan-kawasan
Dewan Negeri tertentu di Selangor.
Mereka yang melakukan
pemindahan ini mungkin berpandangan bahawa untuk menumbangkan Kerajaan
Pakatan Rakyat Negeri Selangor melalui proses pilihan raya yang biasa
kemungkinan besar tidak akan berjaya maka oleh itu gerak kerja
pemindahan ini terpaksa dilakukan.
Alamat-alamat yang digunakan
untuk mendaftarkan "pengundi hantu" mungkin telah dipilih oleh kerana
ianya didiami oleh warga-warga emas yang mungkin tidak akan menyemak
bilangan pengundi didaftarkan pada alamat rumah mereka.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menjalankan siasatan dan melakukan tindakan yang sewajarnya berhubung pendedahan ini.
Walaupun
masa untuk menyemak dan membantah untuk suku tahun ini telah tamat
tetapi demi kredibliti SPR ia tidak sepatutnya mendiamkan diri.
Maka saya menunggu respon dan tindakan SPR.
Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
Remaja 16 tahun tembak ibu bapa, adik-beradik
59 seconds ago
MEREKA MENGIKUT TAKTIK DARI AMERIKA JUGA SEKUTU APCO YANG DINAMAKAN 'GERRYMANDERING' UNTUK MENANG ! MEMANG KERJA HARAM JADAH & SPR JIKA BERMARUAH & TELUS WAJIB SIASAT SEGERA ! ABU !
ReplyDelete