.

Sunday, 27 May 2012

'Hantu' Kampung Pandan

Pejabat saya telah mendapat aduan dari penduduk Kampungg Pandan dan kawasan-kawasan berdekatan dengannya bahawa alamat rumah mereka telah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendaftarkan "pengundi hantu".

Kg Pandan adalah di dalam kawasan Dewan Negeri Chempaka. Menurut mereka, mereka tidak mengenali pengundi-pengundi tersebut.

Mereka juga memaklumkan bahawa mereka telah menetap di rumah mereka sejak kampung tersebut dibuka pada tahun 60-an lagi. Atau yang pernah mendiami rumah mereka adalah keluarga mereka sendiri seperti ibu bapa mereka.

Malah yang paling mencurigakan, pendaftaran pengundi baru tersebut berlaku selepas tahun 2008.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Pejabat saya, terdapat pertambahan pengundi yang mendadak bagi alamat-alamat yang tertentu. Berikut adalah sebahagian dari kajian tersebut;



Oleh itu, hasil kajian ini adalah bukti bahawa terdapat usaha-usaha yang terancang untuk memindahkan pengundi-pengundi ke dalam kawasan-kawasan Dewan Negeri tertentu di Selangor.

Mereka yang melakukan pemindahan ini mungkin berpandangan bahawa untuk menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor melalui proses pilihan raya yang biasa kemungkinan besar tidak akan berjaya maka oleh itu gerak kerja pemindahan ini terpaksa dilakukan.

Alamat-alamat yang digunakan untuk mendaftarkan "pengundi hantu" mungkin telah dipilih oleh kerana ianya didiami oleh warga-warga emas yang mungkin tidak akan menyemak bilangan pengundi didaftarkan pada alamat rumah mereka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menjalankan siasatan dan melakukan tindakan yang sewajarnya berhubung pendedahan ini.

Walaupun masa untuk menyemak dan membantah untuk suku tahun ini telah tamat tetapi demi kredibliti SPR ia tidak sepatutnya mendiamkan diri.

Maka saya menunggu respon dan tindakan SPR.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor

1 comment:

  1. MEREKA MENGIKUT TAKTIK DARI AMERIKA JUGA SEKUTU APCO YANG DINAMAKAN 'GERRYMANDERING' UNTUK MENANG ! MEMANG KERJA HARAM JADAH & SPR JIKA BERMARUAH & TELUS WAJIB SIASAT SEGERA ! ABU !

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist