Kebetulan Datuk Fauzi adalah jiran sekampung saya di Kampung Pantai
Besar Batu Kurau Perak. Beliau dilahirkan pada tahun 1950, dan
menyertai PDRM pada April 1975, dimana pada waktu itu beberapa tempat
dikawasan utara tanah air telah berlaku peristiwa mogok kemiskinan
terutama di Baling Kedah, dan tidak ketinggalan di Kampung Pantai Besar
itu sendiri.
Setelah beliau menyertai PDRM, saya hanya berkesempatan bertemu beliau
setahun dua tiga kali. Terutama di waktu umat Islam menyambut
Syawal.
Apabila beliau telah dilantik memegang jawatan sebagai Ketua Polis
Daerah Dang Wangi, di mana pada waktu yang sama saya diamanahkan sebagai
Ketua Penerangan Pas Kawasan Titiwangsa, WP. Selaku Ketua Penerangan
Pas sudah tentulah banyak program yang perlu diatur termasuk urusan
untuk mendapatkan permit ceramah.
Pejabat beliaulah menjadi tempat yang selalu saya kunjungi, sehinggakan
ada dikalangan anggota polis menyangka saya adalah salah seorang
daripada mereka, begitu juga sahabat-sahabat daripada PAS yang menyangka
saya sebagai Special Branch(S.B). Kerana begitu mudah untuk saya
mendapatkan kerjasama dari pihak polis.
Diwaktu beliau sebagai 0CPD Dang Wangi inilah, beliau pernah disindir
oleh seorang Menteri Perlancongan (UMNO), kerana ketegasan beliau
menggempur tempat-tempat maksiat dan persundalan terutama di Sun
Komplek, Wisma Bond dan beberapa tempat di daerah Dang Wangi. Sindiran
menteri ini lebih kurang berbunyi “kalau dok serbu saja ianya akan
mengurangkan kedatangan pelancong luar ke Malaysia”.
Mungkin pada pandangan Menteri ini pelancung-pelancung yang datang ke
Malaysia ini hanya berminat ketempat-tempat maksiat seperti itu. Selepas
tenguran dari Menteri ini, saya dapati seperti ada halangan bagi Datuk
Fauzi membanteras tempat-tempat perjudian dan persundalan yang tidak
dilesenkan.
Ini membuatkan saya menulis surat kepada KPN pada waktu itu Tun Hanif
Omar tentang halangan ini. Ekoran dari surat saya itu, saya dimaklumkan
beliau telah dipanggil oleh KPN dan saya juga dipanggil oleh Ketua Polis
KL ketika itu Datuk Ku Chin Wah.
Datuk Fauzi adalah seorang yang sentiasa menjaga solatnya sejak dari
remaja, dan inilah yang saya kira dapat membantu beliau melihat yang
benar itu benar dan yang batil itu batil. Walaupun ada rakan-rakan yang
memberi komen-komen yang agak negatif dalam posting saya 3 hari lepas,
saya sangat-sangat mengharapkan kita semua berdoa ke hadrat Allah S.W.T
semoga Datuk Fauzi dan keluarganya diberi kekuatan bersama-sama kita
mengharungi perjuangan ini.
Satu perkara yang perlu saya sebut disini, di DUN Batu Kurau
sangat-sangat dikenali sebagai kawasan UMNO HANGIT, terutama di kampung
Pantai Besar. Dengan penyertaan beliau menjadi ahli PAS, saya
sangat-sangat mengharapkan ianya memberi satu pukulan maut kepada Umno
Larut dan Perak khususnya.
Boleh di katakan 90 peratus dari penduduk Batu Kurau ini mempunyai
pertalian persaudaraan dengan Datuk Fauzi. Disaat peserta-peserta BERSIH
dibelasah oleh segelintir anggota polis, namun disana masih ada polis
yang berperikemanusian.
Bagi saya bukan anggota polis yang perlu dipersalahkan. Sebaliknya
UMNOlah yang sepatutnya kita persalahkan kerana menyalah gunakan jentera
kerajaan termasuk POLIS untuk menjadi benteng mereka hinggakan polis
bersikap seperti tidak berperikemanusian.
Akhir sekali saya menyeru rakan-rakan dan sahabat handai serta kaum
keluarga Datuk Fauzi marilah bersama-sama kita berada dalam perjuangan
menegakkan kebenaran dan tidak lagi bersekongkol dengan UMNO (BN) yang
telah pun menggadai negara ini kepada warga asing melalui pemberian My
Kad (I.C) serta menjadikan mereka sebagai pengundi berdaftar.
Kepada Datuk Fauzi saya ucapkan syabas, Ahlan Wahsahlan, dan marilah sama-sama kita berdoa diberikan Taufik Dan HidayahNYA.
الله أكبر الله أكبر الله أكبر
Nukilan ;
Jamaluddin rahman (JR – Pasti Jihad)