.

Saturday 19 May 2012

Bekas ketua penyiasat Bukit Aman sertai PAS esok | Alhamdulillah!!!


May 19, 2012
KUALA LUMPUR, 19 Mei — Bekas pegawai kanan polis Datuk Fauzi Shaari akan menyertai PAS esok, antara nama besar yang akan menganggotai parti Islam tersebut yang memulakan kempen merekrut tokoh ternama untuk meningkatkan undi dalam pilihan raya akan datang.

Fauzi, yang pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai penyiasat, kedudukan ketiga tertinggi dalam pasukan keselamatan tersebut, telah di katakan akan menyertai PAS sebulan lalu bersama bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Ramli Yusoff dan bekas menteri Kabinet Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Ramli dan Abdul Kadir (gambar), yang merupakan timbalan presiden Amanah, NGO yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah, menafikan mereka menyertai PAS walaupun telah mengumumkan keluar Umno setelah mengatakan parti itu dibelenggu politik wang.

Fauzi, yang bersara dua tahun daripada pasukan keselamatan berkenaan tanpa sebarang hebahan.

Namun The Malaysian Insider mendapati bekas Ketua Polis Selangor dan Sarawak itu akan menyertai PAS secara rasmi dalam satu majlis malam esok di kampungnya di Larut, Perak.

Harakah pagi ini turut melaporkan bekas polis ituakan menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu program besar-besaran esok dengan kehadiran pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR).

“Ia Datuk Fauzi Shaari tapi saya tidak dapat sahkan jika beliau telah menghantar borang keahlian kata Ketua Penyelidik PAS Dzulkefly Ahmad kepada The Malaysian Insider, menambah Timbalan Presiden  Mohamad Sabu adalah pihak parti yang menguruskan perkara itu.

“Ia mungkin Datuk Fauzi Shaari,” kata bekas pegawai kanan polis yang menambah, yang dikenali dengan usahanya memerangi kemungkaran setuju untuk bertanding di bawah PAS telah tersebar sejak beberapa minggu lalu.

The Malaysian Insider turut melaporkan PAS mahukan Ramli dan Abdul Kadir untuk bertanding dalam pilihan raya umum.

Ramli dilihat sering memberi tekanan kepada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk tribunal menyiasat dakwaan salah guna kuasa Peguam Negara.

Pemimpin PAS yang berkata kepada The Malaysian Insider mengesahkan kedua-dua mereka menyertai PAS namun, Abdul Kadir dan Ramli masih lagi belum membuat keputusan berhubung perkara itu.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad berkata kedua-dua mereka akan memberikan maklumat jenayah yang dilakukan kerajaan BN sebelum ini.

“Mereka dari sistem. Ini adalah orang-orang yang berkelayakan untuk itu. Mereka telah melihat banyak penyelewengan, dan berani tampil menentang sistem tersebut,” katanya kepada  The Malaysian Insider.
Abdul Kadir turut mengesahkan kedua-dua PAS dan PKR telah “mencadangkan” untuk menyertai mana-mana antara dua perti itu, sebelum pilihan raya, namun beliau masih lagi tidak membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu menjelaskan beliau menyertai program ceramah PAS sebagai tetamu jemputan, dan akan terus menghadiri program Pakatan Rakyat (PR)./~TMI

2 comments:

  1. Saya ada sorang kawan nama sama juga. NIZAR. Zaman saya sekolah di TI Ipoh. Kawan saya yang nama Nizar tu memang tak boleh pakai.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist