[TVS] SHAH ALAM : MP Ampang Zuraida Kamaruddin sedia untuk disaman
berhubung kenyataannya yang mengaitkan seorang pelakon wanita dengan
menteri kabinet yang dibuat minggu lepas.
“Kita bersedia dengan segala tindakan yang akan diambil. Kalau dia nak
saman maka kita bersedia,” kata Zuraida ketika dihubungi TVSelangor di
sini hari ini.
Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR berkata demikian bagi mengulas
reaksi pelakon, Zahida Rafik, yang menafikan dakwaan yang beliau
terlibat di dalam hubungan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk
Seri Shafie Apdal.
Zahida di dalam kenyataan yang dimuatnaik ke dalam laman web sosial
twitter, menafikan dakwaan itu dan menyerahkannya kepada peguamnya untuk
tindakan selanjutnya.
Menurut Zuraida, pendedahan perkara itu dibuat atas dasar ingin
membantu pemandu peribadi Zahida yang dipercayai menjadi mangsa di dalam
kes tersebut.
Katanya, pihaknya juga mahu menteri yang dikaitkan dengan kes itu untuk memberi penjelasan.
“Kita buat pendedahan ini atas dasar membantu pemandu pribadinya
mendapat pembelaan sewajarnya. Ia adalah berdasarkan segala dokumen dan
bukti yang dimilik.”
Zuraida berkata, beliau telah menjangka bahawa Zahida akan menafikan perkara itu.
Di dalam sidang media pada Apr 18 Zuraida mendedahkan satu laporan
polis yang kononnya dibuat oleh bekas pemandu peribadi Zahida, Mohd
Azuan Abdullah.
Di dalam laporan itu, Mohd Azuan mendakwa Zahida mengkhianatinya dengan
membuat laporan palsu kononnya dia telah melarikan wang sejumlah
RM200,000.
Mohd Azuan mendakwa Shafie telah mengarahnya supaya menjadi pemandu
peribadi kepada Zahida dan menjadi perantara antara pelakon itu dan
Shafie.
Beliau menyatakan telah berkhidmat selama tiga tahun dan meletak
jawatan pada 29 Februari lalu kerana tidak tahan dengan tekanan tinggi
akibat jawatan itu.
Zahida menafikan dakwaan Mohd Azuan apabila menulis di dalam laman Twitternya, pada 19 dan 20 April lalu.
Beliau menulis:
“Wow!!! Besnya if tis story is tru!! Kesian my x driver tu, sanggup buat cite palsu semata2 utk buat duit!! May allah bless him!
(Wow, besnya kalau cerita ini benar. Saya berasa kesian pada bekas
pemandu saya itu kerana sanggup buat cerita palsu semata-mata untuk buat
duit. Moga Allah Merahmatinya!)
Zahida berkata beliau tidak berdiam diri dan sudah melantik peguam untuk menyelesaikan isu ini.
-Sumber
Tuesday 24 April 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI7 months ago
-
Nazri: DAP menang banyak pun, PM tetap Melayu8 months ago
-
SUKA MUHONG9 months ago
-
-
ATOK OH ATOK..11 months ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama7 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20158 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan8 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng9 years ago
-
-
-
-
-
new post10 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Yes! kalau takde salah nak saman2 lerrr yer tak ? kalau dia kalah cik kak kasi saman balik..
ReplyDeleteMana berani safhei bedal saman... nanti bocor segala rahsia
ReplyDelete