KUALA TERENGGANU - Menurut Pengerusi Gerakan Pembelaan
Tanah Rakyat Terengganu (GEMPAR), sesuatu pembangunan yang mahu
dilakukakn oleh mana-mana pihak diatas mana-mana tanah, mestilah
mendapat persetujuan dari pemilik tanah tersebut.
“Tanpa ugutan, tanpa sogokan, tanpa intimidasi, tanpa apa-apa pengaruh dari pihak yang memajukan,
“dan
sekiranya ada pengaruh yang menyebabkan pemilik tanah terpaksa
menyerahkan hak memajukan tanah, ia adalah satu rampasan hak yang
melanggar perlembagaan negara,”ujar Haji Salleh Embong yang juga
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas.
Bukan
setahun dua, malah sejak berpuluh tahun yang lalu, kerajaan Umno dan
Barisan Nasional (BN) telah melakukan khianat merampas tanah-tanah
rakyat di negeri Terengganu.
Termaktub dalam sejarah, sejak
pemerintahan Umno dibawah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, kerajaan zalim itu
sudah ‘menyodok dan memama’h bangunan sekolah agama rakyat.
Pada
19 November 1991, sebuah sekolah rakyat yang bernama Institut Berakan
telah dirobohkan di subuh hari, (Gambar kanan) akibatnya, ratusan para
pelajar hilang kerusi meja dan bangunan tempat mereka menimba ilmu.
Bukan
sekadar roboh, sisa-sisa runtuhan yang di’tohok’ di satu lokasi di
Chendering, Kuala Terengganu, dibuang bersamanya, cebisan-cebisan kitab
suci al-Quran yang hancur lumat, koyak rabak akibat ‘cincangan’
jentolak milik Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) ketika itu.
Pada
25 Mei, 2005, sewaktu kerajaan Umno Terengganu dipimpin oleh orang
‘gedebe’ Besut Dato’ Seri Idris Jusoh, mereka telah merobohkan Masjid
Bujal di Kijal, Kemaman.
Masjid Bujal dirobohkan kerana mahu
menghapuskan jasa baik kerajaan PAS Terengganu (1999-2004) yang
memberikan tanah kepada rakyat.
Tujuan dan niat jahatnya supaya
tidak ada apa yang bekas kerajaan PAS buat sepanjang menjadi pemerintah
satu penggal dan hanya Umno yang ada jasa kepada rakyat dalam semua
segi.
Perobohan masjid Bujal adalah kemuncak segala kejahatan (mother of all evil) yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Dalam membela diri mempertahankan kejahatan mereka, pemimpin Umno mendakwa ia bukan sebuah masjid tetapi ia adalah markaz PAS.
Namun
semua pihak yang menyaksikan dengan mata kepala sendiri, ataupun
menyaksikan video rakaman perobohan rumah Allah itu, dapat melihat
dengan jelas dan membezakan antara kebenaran dan penipuan pemimpin Umno.
Bukankah
ada dikalangan mereka yang bergelar ‘Ustaz’ menjadi pemimpin Umno atau
sekurang-kurangnya mereka yang pernah mengaji Islam seperti Ramli Nuh,
Khazan Che Mat dan Rosol Wahid.
Tidakkah mereka mengetahui hatta
sekiranya ia sebuah tokong Buddha, kuil Hindu dan gereja sekali pun,
hukumnya haram ia dirobohkan.
Walau dalam peperangan yang
berkecamuk, Nabi Muhammad SAW melarang perbuatan terkutuk itu sama
sekali, ini kan pula waktu aman sentosa.
Beratus-ratus ekar tanah
yang diberikan kepada rakyat oleh kerajaan negeri Terengganu sewaktu
pemerintah PAS dirampas kerana ‘dendam kesumat’ pemimpin Umno.
Bersungguhnya
pemimpin Umno bertolong-tolongan antara satu sama lain melakukan
kezaliman sehingga kerajaan ketika itu membentuk satu Jawatankuasa yang
dipengerusikan oleh Dato’ Che Mat Jusoh selaku Yang DiPertua Dewan
Undangan Negeri ketika itu.
Ramai
yang mengatakan, doa mereka yang dizalimi, mereka yang diroboh rumahnya
dan dirampas tanahnya itu telah dimakbulkan oleh Allah SWT.
Lihat
‘bala’ yang turun kepada Idris Jusoh, tidak semena-mena walaupun Umno
yang dipimpinnya menang pada pilihanraya Umum ke-12, beliau tidak
berupaya menentang ‘kehendak Allah’ yang mentakdirkan orang lain menjadi
Menteri Besar Terengganu.
Che Mat Jusoh pula, sedang
terkial-kial menghadapi pelbagai krisis yang sehingga kini, cita-cita
dan hasratnya untuk bergelar yang berhormat, belum menjadi kenyataan.
Kemana sahaja beliau pergi, pasti ‘musykilah’ mengekori beliau.
Pada
tahun 2008, ketika bersungguh-sungguh yakin menjadi calon untuk Umno,
namanya ditolak mentah-mentah dan kerusi Batu Burok diberikan kepada
Ketua Puteri Umno.
Terbaru, Che Mat Jusoh, menjadi mangsa bantahan ketidakpuasan hati peminat bolasepak negeri Terengganu.
Sudah
dua kali termasuk yang berlaku semalam, dinihari 22 April, bantahan
terbuka mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai sebagai Pengurus
pasukan bolasepak negeri.
Sebelum itu, penyokong bolasepak yang
membantah beliau telah memberi kata dua kepada Menteri Besar Terengganu,
Dato’ Seri Ahmad Said.
“Samada
Ahmad memecat Che Mat Jusoh atau Ahmad Said akan dipecat oleh rakyat
pada pilihanraya akan datang,”kata salah seorang ketua pembantah pasukan
bolasepak yang tidak puas hati dengan kekalahan yang dialami.
Beranikah Ahmad said memcat sekutunya dalam mengkhianati tanah rakyat Terengganu itu?
Ketika
Che Mat Jusoh menjadi Pengerusi mengkaji tanah-tanah yang diberikan
oleh kerajaan PAS, Ahmad Said lah ‘dalang’ sebenar disebalik perobohan
masjid Bujal.
Ketika itu beliau adalah ADUN Kijal yang juga Exco
Kerajaan tempatan, yang bertanggungjawab keatas penguatkuasaan
menghambat dan meroboh penempatan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB)
Kampung Bujal yang terletak dalam daerah Kemaman.
Kejahatan yang
sama umpama Yahudi meroboh rumah rakyat Palestin pernah bergema di ruang
Sidang dewan undangan Negeri Terengganu apabila ADUN Wakaf Mempelam,
Wahid Endut, menggelar Umno lebih jahat daripada Yahudi.
Wahid
berkata demikian kerana bukan sahaja meroboh RTB Bujal, malah beratus
rumah rakyat di RTB RTB Pengkalan Merbau di Setiu, RTB Padang Landak dan
RTB Padang Luas dalam Dun Jerteh menjadi mangsa kezaliman Umno.
Belang kejahatan Ahmad Said semakin ditonjol-tonjolkannya, apabila menjadi orang yang paling berkuasa di negeri Terengganu.
Ahmad
Said sehingga kini berbohong kepada 500 penduduk Kampung Pak Bang dan
Kampung Che Long yang akan menjadi pelarian ditanah air sendiri,
berikutan keputusan kerajaan mahu meneruskan pembinaan pengangkutan dan
kompleks pejabat kerajaan yang baru.
Ketika berlangsung
pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu pada Januari 2009, Ahmad
Said telah berjanji akan menggantikan tanah yang dirampas dari penduduk
terbabit.
Namun sebaliknya, bukan sahaja tidak mendapat tanah
ganti, penduduk Kampun Pak Bang dan Kampung Che Long dekat Bukit Besar
itu, dibayar pampasan terlalu murah RM6.45 sekaki persegi.
Tidak
lama selepas itu, pada bulan Februari 2010, rakyat Terengganu termasuk
ahli Umno sendiri di kampung Paya Bunga tengah-tengah bandaraya Kuala
Terengganu disodok dan dimamah jentolak Majlis Bandaraya Kuala
Terengganu (MBKT) pula.
Penduduk Kampung Paya Bunga bukannya setinggan yang tinggal secara ‘haram’ sebagai didakwa kerajaan Umno/BN.
Mereka
memiliki tanah tersebut secara Lesen Menduduki Sementara (LMS) yang
diwarisi daripada ibu bapa mereka sejak tahun 47 tahun sebelumnya.
Pada
bulan September 2010, jiran kepada penduduk Kampung Paya Bunga, Kampung
Warisan Ladang pula menjadi sasaran kerakusan pembangunan kerajaan
Ahmad Said.
Lebih dahsyat lagi, demi melaksanakan kehendak
‘nafsu’ pemimpin Umno, Ahmad Said berjanji kepada penduduk Kampung
Ladang, bukan setakat rumah gantian secara sewa beli, bahkan katanya
penduduk Ladang akan mendapat hadiah sekiranya mengundi Umno/BN dengan
potongan harga rumah bernilai sebuah Proton Saga.
“Saya beri
jaminan bahawa subsidi yang akan kita (kerajaan) beri harganya lebih
dari sebuah harga Proton Saga. Tapi kita tidak beri lagi sekarang ini
dan kita kena tengok juga pilihan raya ini. Biasalah, memberi dan
menerima,”janji Ahmad sewaktu perjumpaan dengan penduduk.
Sehingga
kini bukan sahaja janji Ahmad kepada penduduk Ladang tidak ditunaikan,
malah janji Idris Jusoh kepada penduduk Ladang juga telah dilupakan.
Kemudian,
pada awal Februari 2011, 500 orang penduduk dari Kampung Pak Pa,
Kampung Gelugor Raja Masjid, Kampung Gelugor Raja, Kampung Tok Jamal dan
Kampung Panji, keluar ke jalan raya, membantah rampasan tanah mereka,
yang akan dibina tangki najis bersepadu di atasnya.
Sebagaimana
bantahan rakan-rakan mereka yang teraniaya, mereka menuntut janji
Umno/BN sebuah penempatan baru yang tidak pernah tertunai sehingga kini.
Sementara
itu, di Kuala Nerus, Kampung Banggol Donas bakal lenyap sepenuhnya
sekiranya pembinaan jalan suusur keluar lebuhraya Pantai Timur dan
jambatan Jeram dilaksanakan sepenuhnya.
Bantahan mereka terhadap rampasan tanah dan rumah telah bermula sejak tahun 2008 lagi apabila cadangan jajaran dikemukakan.
Mereka tidak bersetuju dengan jajaran yang disifatkan sengaja, atas niat tertentu, memusnahkan rumah kediaman dan tanah mereka.
Terlalu
banyak konspirasi pemimpin Umno Terengganu, yang tidak terungkai dalam
episode rampasan tanah di Banggol Donas sehingga arahan dari pejabat
Perdana Menteri pun tidak laku.
Begitu juga yang berlaku di Setiu
di mana Rancangan tanah Berkelompok (RTB) Kubang Labi dekat Permaisuri
di rampas kerana mahu membina kolam udang putih bersepadu bersepadu,
bermula Julai tahun 2010.
Tujuh puluh orang petani yang sedang mengusahakan tanaman dengan keluasan tanah 150 ekar menjadi mangsa.
Di
Setiu juga, tanah padi Jelapang yang menjadi rintahan dan umarah
puluhan tahun akan dirampas oleh kerajaan Umno untuk dijadikan mini
estate padi.
Lima puluh orang petani yang melibatkan 200 ekar tanah keluar membantah di kawasan sawah padi mereka pada November 2011.
Hak
rakyat yang megusahakan dan menghidupkan tanah menurut Islam, dinafikan
oleh kerajaan Umno/BN yang kononnya mendakwa mengamalkan ajaran Islam
dalam pemerintahan berslogankan ‘merakyatkan pembangunan dan
pentadbiran’.
Setiap tahun, ada sahaja tanah rakyat yang dirampas
oleh kerajaan Umno/BN Terengganu, dan tahun 2012 merupakan ulangan
peristiwa rampasan tanah Institut Berakan yang berlaku 20 tahun lalu.
Tanah
Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di Paka, Dungun dirampas dan diberikan
kepada lima Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) yang juga merupakan
pemimpin Umno setempat.
-sumber
Monday, 23 April 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Pecaya lah...
ReplyDeleteSemua kezaliman dan kepinchangan ini akan di lupakan olh rakyat Terangganu...i.e :mereka kembali mengundi BN
Apabila mereka di sogok dgn Petih RM2-300 rial,
Gula sekampit,Beras sekarong,kain batik atau kain pelikat sehelai dua.,
Kerana orang Terangganu hidup miskin di bawah Par...
Kecuali mereka yg.beriman dan bertaqwa..insyallah.
umno terengganu lagi.kihkih, umno the best jaga melayu.. jaga tang mana? hangpa pikiaq sindri...
ReplyDeletePADANLAH DENGAN MANGKUK MELAYU-MELAYU YANG MENGUNDI & MELANTIK 'PARA MUSIBAT' YANG LAGI ZALIM DARI ZIONIS ! PEMERINTAHN PARTI ISLAM MEREKA TOLAK DENGAN KELICKKAN SANG SEKUTU APCO !
ReplyDeleteKINI LIHATLAH PEMERINTAHAN TAMBAH LAGI KINI DIBAWAH MANGKUK YANG RIAK DAN SAMSENG !
JANGAN DOK KOMPLEN...RAKYAT GANU SENDIRI YG PILIH.KALU DOH SUKA TU..ORANG BAGI MAKAN TAIK PUN..PUAK2 GANU TETAP SOKONG
ReplyDeleteIni lah sebabnya hj hadi dan menantu nak join hamno......supaya hak rakyat dikembalikan,,,,,,,,,
ReplyDeleteyeezy boost 700
ReplyDeletejordan shoes
bape clothing
supreme outlet
off white
yeezy shoes
jordan 4
kd shoes
bape
cheap jordan shoes