WAWANCARA…..Sabahkini.Net sedang menemubual Muslihat mengenai dakwaan Shafie mempunyai Skandal Seks dengan Zahida.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
TUDUHAN-tuduhan
yang dilemparkan kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah
(KKLW), Datuk Seri Haji Mohamed Shafie Hj Apdal adalah berunsur fitnah
yang bertujuan untuk mematikan karier politiknya; sememangnya didalangi
oleh orang tertentu di dalam UMNO yang disifatkan sebagai gunting dalam
lipatan.
Tuduhan yang menyerang peribadi Shafie sama sekali tidak berasas dan
merupakan ekoran daripada sikap iri hati dan hasad dengki terhadap
kepimpinannya yang semakin menyerlah dan mantap; bukan saja di
peringkat Daerah, ataupun Negeri bahkan, di peringkat nasional.
Demikian
dijelaskan sendiri oleh Ketua Kampung Rasak, Semporna merangkap Ahli
Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO P.189 Semporna; Muslihat
Landuh ketika diminta mengulas satu lagi kenyataan yang menghentam
Shafie yang bertajuk 'Apdal Borek, Shafie Rintik' yang telah tersiar di Sabahkini.Net pada 22 April 2012.
"Sebagai
mewakili Pemuda UMNO Bahagian Semporna, kami menyangkal
sekeras-kerasnya dengan dakwaan liar yang tidak berasas pembangkang
berhubung Skandal Seks yang sengaja diada-adakan. Bagi Shafie sama
sekali tidak terlibat dan tidak tergamak melakukan perkara songsang dan
mungkar yang melanggari hukum hakam Islam," kata Muslihat yang mengakui
tiba masanya Shafie membela diri kerana berdiam diri hanya memburukkan
keadaan dan memberi ruang kepada pembangkang menggunkan isu peribadi
sebagai senjata pilihanraya..
Kata
Muslihat, pihaknya amat kesal dengan tindakan Paparazzi mengaitkan
nama arwah bapa Shafie yang sudah lama kembali ke Rahmatullah.
"Bukankah ini satu dosa besar kerana mengaibkan orang yang sudah tiada
di dunia ini,” kata Muslihat .
Sebenarnya,
kata Muslihat, tohmahan mahupun tuduhan ini sengaja dibuat-buat untuk
menjatuhkan imej Shafie dengan mendakwa Shafie melakukan skandal seks
(atau hubungan sulit) dengan seorang artis iaitu Zahida Rafik; sedangkan
tuduhan tersebut tidak benar sama sekali.
"Mereka
sengaja mahu menjatuhkan reputasi bahkan serta memporak perandakan
rumah tangganya yang dibina sekian lama; sedangkan Zahida telah
menafikan sekeras-kerasnya yang dia ada hubungan sulit dengan Shafie,"
ujar Muslihat lagi yang menggesa Zahida membuat laporan polis.
Muslihat
menambah, tuduhan yang dilemparkan kepada Shafie oleh Ahli Parlimen
Ampang, Zuraida Kamaruddin (PKR) jelas menunjukkan niat sebenar pemimpin
tertentu di dalam UMNO yang menggunakan lidah Zuraida untuk
memusnahkan kerjaya politik Shafie.
Kata
Muslihat lagi, pihaknya amat terkilan dengan dakwaan liar ini dan
memberi jaminan akan terus menyokong Shafie sebagai Ketua UMNO Bahagian,
Ahli Parlimen dan Menteri Kabinet.
"Kita
yakin Zuraida dan bekas pemandu Zahida telah dibayar untuk mengaibkan
Shafie dengan skrip yang direka pemimpin UMNO," kata Muslihat yang
meyakini Noor Azman telah membuat pendedahan ini bagi mengelak dirinya
diambil tindakan jenayah.
Sebagai
Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemudah UMNO Bahagian Semporna, kami
tidak akan teragak-agak menyaman Noor Azman sekiranya meneruskan
pembohongan dan menabur fitnah terhadap pemimpin kami. Kami harap Datin
Seri Suryani tabah menghadapi cobaan dan rintangan ini," kata Muslihat
lagi./sabahkini.net