Thursday, 19 April 2012

Perkasa @ Gangster UMNO Mengganas Lagi!: Kali ni Serang Mahasiswa di Dataran (Gambar + Video)

[Dipetik dari sini]Kuala Lumpur - Aktivis-aktivis mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dalam kempen mereka menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mendakwa mereka telah diserang oleh sekumpulan individu, yang menurut mereka kumpulan samseng, awal pagi tadi.

Aktivis itu yang berkhemah di Dataran Merdeka buat hari keenam hari ini, diserang sekitar 2.45 pagi tadi.

Mesej mengenai serangan itu disebarkan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang ketika dihubungi awal pagi ini mengesahkan mereka diserang dan beberapa aktivis dimasukkan ke hospital.

"Ya, kami semua diserang 60 gengster, tidak tahu siapa (mereka) dan mereka merobohkan semua khemah kami. Kami disepak, diterajang, ditumbuk dan dihalau dari Dataran. Tapi kami masih tetap di sini. Seorang sedang dapat rawatan kecederaan telah dihantar ke Hospital KL.

"Masa itu kami dalam 40 orang. Yang cedera ringan dalam lima orang sebab dipukul. Seorang dibawa ke hospital," katanya lagi.

Rakaman serangan dan kekecohan ketika insiden turut dimuatkan dalam YouTube di bawah tajuk "Mob of 40 attacking students at Dataran Merdeka".


Salah satu mesej Twitter menyebut individu kumpulan memberi amaran akan datang selepas ini.

Sementara satu lagi mesej pula menyebut seorang aktivis wanita, yang berada dalam khemah, telah ditendang beberapa kali dan ditarik keluar oleh penyerang.

Malah, beberapa mesej mengaitkan insiden itu dengan parti politik tertentu memandangkan seorang dua penyerang ada memperkenalkan diri mereka sebagai anggota sayap pemuda sebuah parti.

"Kami tidak akan tunduk kepada keganasan. Dataran Merdeka milik rakyat," tulis akaun occupydataran.

Aktivis mahasiswa berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu selepas mengadakan demonstrasi meminta kerajaan memansuhkan pinjaman PTPTN.


Dibawah petikan dari Demo LaNie

6 comments:

  1. TAK DE BUKTI JANGAN TUDUH ORANG LAIN....ENTAH-SENDIRI YANG BUAT , NAK ROSAKKAN NAMA UMNO.... KO ORANG TAK TAU KE...INI SEMUA KERJA PUAK-PUAK KO ORANG SENDIRI.... BUKTINYA NUAR JUBURI TUBUH PTPTN LEPAS TU DIA NAK SURUH BATALKAN PULAK...SURUH BUDAK MAHASESWEL BUAT DEMO. NIZAR JAMDUL SOKONG TERHADAP PROJEK PUSAT PENGAGIHAN BIJIH BESI VELE INT, SEKARANG SURUH BATALKAN PLAK... SAMA LA..NI SURUH BUDAK MAHASESWEL BUAT DEMO ...DIA BALUN BALIK BEBUDAK TU.... ITULAH PAKATAN HARAMJADAH.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni la hasil tgk berita tv3 dan baca utusan. teros percaya. yang tubuh PTPTN tu PM kita sekarang la. kalau malas mengkaji jangan la komen ye. pi percaya bulat2 kat utusan n tv1,tv2,tv3 tu buat pe.

      Delete
    2. lupa nak bagi fakta kat ko yang malas mengkaji ni. rujuk Hansard Parlimen yang ke-9, Penggal ke-3, Mesyuarat pertama (jil. 3, bil 26) bertarikh 13 Mei 1997. Okay?

      Delete
  2. ermm..teruknya

    http://wangian1malaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Memukul tu memang salahlah...tapi yang pergi berkemah tu sapa suruh...kenapa berkemah ditempat larangan...kan ke salah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau buat kat hutan simpan sape nk pandang bro? huhu. tujuannya untuk mendapat perhatian seluruh malaysia, perhatian kerajaan malaysia. dah mintak cara baik, tak dilayan, terpaksa la berdemo. tu je la. :)

      Delete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)