Sunday, 12 February 2012

Dua lagi kondo berdekatan Kasino: Pendapatan keluarga Shahrizat perlu RM500k sebulan

Rafizi Ramli telah memegang janji beliau dengan mendedahkan banyak lagi mengenai skandal RM250 juta NFC. Terdapat dua lagi kondo mewah yang dibeli oleh keluarga Shahrizat yang terletak di Marina Bay, berdekatan kasino dan bernilai lebih kurang RM 17 juta ringgit.

Rafizi juga mendedahkan satu lagi tren yang agak merisaukan. Beliau percaya bahawa suami Shahrizat, Salleh Ismali yang juga pengerusi NFC dan Wan Shahinur Izran, anak mereka yang merupakan pengarah NFC telah membeli kondo-kondo tersebut menggunakan projek penternakan NFC yang dikawal kerajaan sebagai cara untuk mendapat kelulusan.

“Kami percaya pinjaman tersebut diluluskan kerana mereka mengawal dana RM250 juta itu yang sangat menarik buat mana-mana bank. Bank mana yang tidak mahun RM250 juta? Mereka meletakkannya [RM250 juta] dalam bank untuk seolah-olah sebagai jaminan pembelian peribadi mereka. Ini adalah pembelian yang harus disiasat oleh pihak polis,” Rafizi dilaporkan memberitahu wartawan pada Rabu.

5 buah kondo setakat ini

Pinjaman didapati daripada Maybank dan United Overseas Bank. Untuk membuktikan dakwaan mereka, pemimpin PKR itu juga mengedarkan kepada wartawan dokumen daripada pihak berkuasa tanah Singapura yang menunjukkan Salleh dan Izran telah membuat pembelian tersebut.

Persoalan yang lebih besar, bagaimana keluarga ini membayar balik pinjamanan? Jika ia pinjaman 25 tahun, mereka harus bayar RM173 000 sebulan untuk kondo ini. Ini tak termasuk [kondo lain] One Menerung dan Orchard Court,” tambah beliau merujuk kepada dakwaan pembelian unit kondominium lain oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu.

Kata beliau, sehingga sekarang Suruhanjaya Pencegah Rasuah telah gagal dalam penyiasatan pendedahan PKR sebelum ini bahawa NFCorp, sebuah firma yang dimiliki keluarga Shahrizat dan dianugerahkan pinjaman kerajaan bernilai RM250 juta untuk membangunkan NFC; telah meletakkan RM180 juta dalam deposit tetap dengan Maybank pada 2009.

Menurut Rafizi lagi, dua buah kondominium tersebut, sebuah benilai RM17.2 juta dan sebuah lagi bernilai RM 17.4 juta terletak dalam di dalam bangunan yang sama dengan Brawn Steakhouse sebuah restoran mewah yang dimiliki keluarga Shahrizat di Singapura. “Saya syak bahawa wang itu disalurkan kepada beberapa buah syarikat yang dimiliki keluarga Shahrizat di Singapura,” ujar Rafizi.

Buktikan kamu mampu, cabar Rafizi kepada Shahrizat

Rafizi juga mencabar Shahrizat yang enggan berundur walaupun telah banyak yang mendesak beliau berbuat demikian termasuk bekas PM Mahathir Mohamad dan bekas ketua wanita Umno Rafidah Aziz. Untuk membuktikan bagaimana beliau boleh mampu membeli kondo –kondo tersebut jika wang itu tidak datang daripada projek NFC.

“Saya cabar Shahrizat untuk tampil memberi penjelasan mengenai pendapatan keluarga beliau dan bagaimana mereka dapat mengumpul asset sebegini. Pendapatan gambungan mereka mestilah RM500 000 sebulan untuk membayar kesemua hutang kondo,” kata Rafizi.

Malaysia Chronicle

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)