.

Sunday 12 February 2012

3 Menteri "kantoi" Tengok Video Lucah

New Delhi : Tiga orang ahli politik dari Parti Konservatif India telah mengundurkan diri kerana ''kantoi'' menonton Video Lucah melalui telefon bimbit di dalam sebuah sidang Parlimen negara bahagian.


Beberapa rancangan Televisyen di India telah menayangkan berita tersebut kepada umum dan menyebabkan tiga orang Menteri tersebut mengundur diri. Menteri yang terlibat ialah Menteri Koperasi Negeri Kartanaka, Laxman Savadi telah menunjukkan video lucah itu kepada rakannya CC Patil, Menteri Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak. Kejadian berlaku ketika Sidang Parlimen Negeri Kartanaka berlangsung.


Pemilik telefon bimbit itu ialah Menteri Sains dan Teknologi, Krishna Palemar juga telah mengundurkan diri mereka. Mereka mengundurkan diri kerana ingin membersihkan Nama baik Parti Mereka.

Mereka juga mengulangi kepada masyarakat, mereka tidak akan memalukan Nama baik Parti Mereka iaitu Bharatiya Janata Party, (BJP) yang beraliran Nasionalis Hindu. BJP merupakan Parti yang berkuasa di Negeri Kartanaka.

Kejadian itu menimbulkan kemarahan dari Para Aktivis kanan, kumpulan-kumpulan Sayap Hindu dan juga Parti Kongres yang menuntut pembubaran Parlimen. Mereka berpendapat kejadian ini memalukan dan menjatuhkan maruah kaum wanita.

Walaubagaimanapun, Parlimen negeri tersebut telah mewujudkan suruhanya dan melantik enam orang pegawai untuk menyiasat kes itu.Suruhanjaya tersebut diberi masa sehingga 12 Mac akan datang untuk menyerahkan hasil siasatan tersebut. Demikian IBV melaporkan.






-warta jingga

1 comment:

  1. lebih bagus dari sesetengah menteri kat Malaysia ni....

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist