PERANGKAP POLITIK KONOTASI KEPARAT!
Oleh : NASPAZI
PASUKAN tentera Agas dan Semut adalah ketumbukan tentera elit British bersama dengan Amerika, Australia dan New Zealand yang dihantar di Banjaran Crocker dan lembah Bario menjelang akhir perang dunia ke-2 dalam kempen Amerika melancarkan pengeboman secara besar-besaran bagi membebaskan Sabah, Sarawak, Brunei dan Labuan dari penaklukan Jepun.
Mengapa pasukan tentera Agas dan Semut ditempatkan di Banjaran Crocker dan lembah Bario? Jawapan mudahnya adalah, bukan kerana politik dari rimba peribumi Sabah dan Sarawak yang memahami taktik peperangan moden, tetapi kerana pengasingan dan bentuk pergunungan di sekitarnya yang membenarkan mereka untuk terus hidup, lantaran hampir tidak disentuh oleh perang dan pendudukan Jepun (Disember 1941-September 1945).
Selepas Penang Dunia Ke-2 tamat dan berakhirnya penjajahan Jepun di Asia Tenggara; Brunei, Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura telah kembali menjadi koloni British semula. Namun, atas dasar semangat Komanwel, koloni British di Asia Tenggara memang akan dimerdekakan secara berperingkat yang bermula dengan kemerdekaan Malaya pada 1957 dan berakhir dengan kemerdekaan Brunei pada 1984.
North Borneo (Sabah) memasyhurkan kemerdekaannya di Padang Bandaran Kota Kinabalu pada 31 Ogos 1963. Malangnya, kedaulatan kemerdekaan negara Sabah hanya bertahan selama sepuluh tahun (1963-1973). Dengan kata lain, selepas 1973 hingga kini negara Sabah telah menjadi koloni ke-12 Malaya.
Fakta sejarah yang tulen jelas menyatakan bahawa, Malaya dan Sabah adalah sama-sama tiada maruah kerana sama-sama menjadi koloni British sebelum 1957 dan 1963. Tetapi, selepas Sabah dibebaskan dari menjadi koloni British, kini Malaya pula yang menjadikan Sabah tiada maruah kerana dijadikan koloni Malaya yang ke-12. Kalau begitu, apalah ertinya Sabah bebas dari menjadi koloni British?
Sesungguhnya, ungkapan kemerdekaan itu adalah sesutu yang amat bermakna, berharga, agung dan mulia buat sesebuah negara kerana bebas dari penjajahan. Demikian juga buat seorang hamba abdi yang bebas dari tuannya, malahan buat seekor haiwan yang bebas dari kurungan manusia, walaupun kurungan itu diperbuat daripada emas sekalipun.
Namun, dalam konteks Malaysia adalah sebaliknya. Justeru, selepas sahaja Malaysia dibentuk, seluruh identiti kenegaraan Malaya telah dijadikan sebagai identiti kenegaraan Malaysia atau negara Malaya tidak lagi wujud sebagai sebuah negara selepas pembentukan Malaysia, kerana pengamal politik busuk gerombolan songkok tinggi melayu UMNO menganggap bahawa Malaya yang terdiri dari 11 koloni telah menjadi 13 koloni setelah diupgrade menjadi Malaysia. Demikianlah, jika penipu pada mulanya, maka pendustalah pada akhirnya.
Dengan ungkapan lain, kemerdekaan Sabah selanjutnya tidak menjadi kenyataan seperti yang diharapkan. Selepas pegawai-pegawai British meninggalkan jawatan pelbagai ketua jabatan negara Sabah, dalam transisi Borneonisasi dari tahun (1963-1974), maka bermulalah niat busuk gerombolan songkok tinggi Melayu UMNO untuk menjadikan negara Sabah sebagai koloni mutlak mereka, demi memunggah dan mengaut puluhan bilion hasil kekayaan Sabah untuk memenuhi tamak mereka.
Namun begitu, ada satu halangan besar bagi kelancaran niat busuk mereka. Penghalang terbesar itu adalah Tun Datu Mustapha. Justeru, demi kelancaran niat busuk mereka, maka Tun Datu Mustapha hendaklah dihapuskan terlebih dahulu melalui taktik politik yang paling sukar dibaca oleh kaca mata pengamal politik biasa; apatah lagi rakyat biasa.
Yang demikian, taktik yang digunapakai untuk menghalau Tun Datu Mustapha dari roda pimpinan Sabah bukan taktik politik biasa, kerana jika taktik politik biasa digunapakai mungkin mudah dibaca yang akhirnya, bukan sahaja rakyat tidak percaya, bahkan risiko untuk gagal adalah besar; sebesar niat busuk gerombolan songkok tinggi Melayu UMNO untuk merompak dan memunggah puluhan bilion hasil kekayaan Sabah setahun.
Justeru, pintu terbuka luas bagi penipu gerombolan songkok tinggi melayu UMNO untuk memilih pelbagai taktik politik kotor yang ada kaitan dengan ‘The Art Of War’ (500sm) oleh Sun Tzu, atau ‘Il Principe’ (1513) oleh Niccolo Machiavelli, atau ‘A Lie Repeated Often Enough Becomes Truth’ (1933) oleh Joseph Goebbels.
Tetapi, adalah lagi satu taktik politik terkotor yang tidak pernah terlintas difikiran atau tidak pernah disedari oleh rakyat Sabah, bahkan rakyat Malaysia. Taktik politik kotor tersembunyi yang saya maksudkan ialah ‘Perangkap Politik Konotasi Keparat’.
Tunku Mangsa Konotasi Gemar Bermain Poker 1969
Sesungguhnya perangkap politik konotasi keparat ini begitu berkesan dalam usaha menghalau Tunku Abdul Rahman Putra dari arus pimpinan Malaysia hanya dengan sepucuk surat terbuka oleh seorang yang mengaku berdarah 'dua sudu' Pakistani dalam tubuhnya pada 17 Jun 1969.
Taktik perangkap politik konotasi keparat dilancarkan melalui tuduhan terhadap Tunku sebagai gemar bermain poker. Lantaran itu, semua golongan masyarakat; dari intelek sehingga ke penarik becha tidak ada lagi hormat terhadap Tunku kononnya. Akhirnya, Tunku meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 22 September 1970.
Tun Mustapha Mangsa Konotasi Mahu Jadi Sultan Sabah 1975
Demikian juga perangai busuk gerombolan songkok tinggi melayu UMNO dalam soal merompak 95% hasil kekayaan Sabah dengan cara yang sadis. Justeru, gerombolan songkok tinggi melayu UMNO tergamak mencipta konotasi keparat yang kononnya Tun Datu Mustapha adalah seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan bercadang hendak menabalkan dirinya menjadi Sultan Sabah pada tahun 1975.
Pada hal, Tun Datu Mustapha hanya tidak bersetuju dengan keserakahan gerombolan songkok tinggi melayu UMNO yang hendak memunggah dan mengaut 95% hasil kekayaan Sabah.
Yang demikian, Tun Datu Mustapha dijatuhkan oleh perangkap politik konotasi keparat gerombolan songkok tinggi melayu UMNO dan rentetan darinya tidak diberi penghormatan sebagai antara negarawan yang membentuk Malaysia di hari kemangkatan beliau pada tahun 1995 akhirnya.
Tragedi Berdarah Memali Mangsa Konotasi Bughah 1985
Tragedi berdarah Memali yang begitu tragis memperlihatkan dengan jelas, betapa jahatnya hati busuk gerombolan songkok tinggi melayu UMNO. Pada 19 November 1985, Ustaz Ibrahim Mahmud serta 13 rakannya yang lain telah dibunuh dengan kejam atas konotasi penjenayah, pengamal ajaran sesat, pelampau dan bughah (penderhaka kepada pemerintah).
Ekoran dari peristiwa tersebut, puluhan lagi orang kampung yang telah ditahan dan dipenjarakan. Polis menggelar gerakan berdarah Memali sebagai 'Operasi Hapus' bagaikan binatang atau tanpa belas kasihan.
Tun Salleh Abas Mangsa Konotasi Salah Tafsir Hukum Sekular 1988
Pemecatan Tun Salleh Abas pada tahun 1988 sebagai Ketua Hakim Negara atas alasan bahawa, Tun Salleh Abas telah cuba mengemukakan undang-undang Islam dan cuba untuk mentafsirkan semula undang-undang sekular mengikut undang-undang Islam. Lantarannya, dalam beberapa kes gerombolan songkok tinggi Melayu UMNO telah kalah di mahkamah kononnya.
Walau bagaimanapun, Tun Salleh Abas telah menjawab kritikan gerombolan songkok tinggi melayu UMNO terhadapnya bahawa, “Tidak ada sistem perundangan yang boleh dipisahkan daripada penafsiran, sama ada sistem berdasarkan agama atau sekular. Ini kerana undang-undang ialah konsep yang berkait rapat dengan bahasa. Ia tidak boleh dilihat tetapi dikesan melalui usaha intelek dan pengalaman” (Tun Salleh-1988)
Anwar Ibrahim Mangsa Konotasi Dubur 1998 Dan Dubur 2008
Pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 1998 sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang disusuli dengan pelbagai konotasi keparat dan jijik adalah kemuncak pengamalan prinsip kebangsatan oleh gerombolan songkok tinggi Melayu UMNO di persada politik Malaysia.
Betapa konotasi keparat jahat yang keluar dari mulut para gerombolan songkok tinggi gerombolan songkok tinggi Melayu UMNO ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah di luar kewarasan akal manusia yang siuman; lantaran mendahului hukuman sebelum mahkamah memutuskan ia bersalah; hanya untuk mewajarkan konotasi busuk tidak berbangkai mereka terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagaimana berikut:
“I had disbelieved the ‘Homosexuality’ charges at first but was convinced when I personally interviewed Anwar’s partner. They had not only performed ‘Sodomy’, but during the process, he was… I don’t know how you call it… he was ‘Masturbating’ this man. Do I go around town and tell the world that this is what my deputy was doing?” – (Mahathir 2 Sept 1998).
“Budak ini datang jumpa dengan saya kerana dia mengadu hal aaa.. bahawa dia telah ‘Diliwat’ oleh Datuk Seri Anwar. Saya aaa.. mula-mula tidak berapa yakin aaa.. sama ada cerita ini benar atau tidak benar. Jadi saya serah pada dia, serah pada pihak polis, untuk menentukan apa-apa tindakan yang selanjutnya. Saya menerima kedatangan dia atas sifat saya sebagai seorang pemimpin, dia sebagai rakyat biasa yang ingin mengadu kepada saya” - (Najib Razak 3 Julai 2008).
Bagaimanapun, sama ada dalam Konotasi Keparat Dubur I dan Konotasi Keparat Dubur II, kedua-duanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim dibebaskan akhirnya selepas Mahkamah Persekutuan menukar pensabitan itu kepada tidak bersalah dan mengetepikan hukuman penjara terhadapnya pada 2 September 2004. Demikian juga dalam hal yang berhubung dengan penghakiman konotasi dubur II oleh Mahkamah Tinggi yang membuat keputusan bahawa, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah pada 9 Januari 2012.
Demikianlah kejamnya akibat akhir perangkap politik konotasi keparat gerombolan songkok tinggi Melayu UMNO terhadap mereka yang terkorban (sekadar beberapa contoh) dari keseluruhan mangsa yang terlibat. Sesungguhnya pertembungan antara orang yang baik melawan orang yang jahat, dibentangkan dengan begitu jelas dalam Hikayat Mahabharata lebih dari 5,000 tahun yang silam.
Hikayat Mahabharata adalah kisah Arjuna melawan Duryodhana di medan Kurukshetra. Hikayat Mahabharata juga adalah intisari pengalaman lautan kehidupan orang yang baik mempertahankan kebenaran melawan kedurjanaan. Perlawanan antara orang baik dengan orang jahat yang akhirnya, orang yang jahat berjaya dihancurkan hanya setelah orang yang baik bersatu.
Memupuk Kesedaran Mempertahan Kedaulatan Negara Sabah
Sedia maklum bahawa, pembentukan Malaysia ditandatangani pada 9 Julai 1963. Syarat Sabah menyertai pembentukan Malaysia adalah penerimaan terhadap perjanjian 20 Perkara, jika tidak, Sabah tidak akan menyertai pembentukan Malaysia sebagaimana Brunei.
Justeru, 20 Perkara tidak syak lagi adalah maruah dan harga diri rakyat Sabah. Yang demikian, kesedaran untuk mempertahankan kedaulatan negara Sabah amat penting, termasuklah pelaksanaan total tanpa syarat perjanjian 20 Perkara sebagai lambang mahkota kemuliaan rakyat Sabah dalam bermasyarakat dan bernegara di persada dunia dari sudut Borneo.
Sesungguhnya, suku abad negara Sabah mencapai kemerdekaan dalam era demokrasi; dalam era kedaulatan rakyat memilih pemerintah yang baik, baik dalam erti kata, berwibawa dalam mengamudi rakyat dan negara Sabah agar setanding dengan Brunei dan Singapore dalam landscape politik, ekonomi, pendidikan dan pemartabatan budaya acuan Sabah sendiri.
Justeru, menyedari dan menginsafi kepentingan mempertahankan martabat kemerdekaan dan kedaulatan negara Sabah dengan komitmen yang kuat sebagaimana yang termaktub atau dimaktubkan dalam perjanjian 20 Perkara, maka segala usaha secara serius dan dedikasi oleh para cendekiawan dan golongan profesional hendaklah digembleng dengan seberapa segera demi memperbaiki masa depan rakyat dan negara Sabah yang kini sedang di ambang gaung kehancuran angkara pengkhianatan nyata Melayu UMNO.
Akhirnya, demi mencapai tujuan di atas, maka tiada azimat yang menjadi keramat sakti sebagai laluan pintas yang dapat dibayangkan, selain kerjasama dan bersatu dalam membina ruang bersepadu segenap lapisan suku kaum dan etnik Sabahan tulen, di samping menyepak dendangan sentimen keagamaan yang dilaungkan oleh pencacai melayu UMNO di sebalik topeng perangkap politik konotasi keparat mereka ke dalam jamban terbusuk.
-sabahkini.net
TERBAIK,SEMUA KELENTONGAN DAN KEBEJATAN PARTI SEKUTU APCO ARUS JAHILIAH HARAM JADAH PANDI KUTTY TERBURAI SEBURAI-BURAINYA ! MEREKA LUPA BAHAWA TIDAK SEMUA RAKYAT MALAYSIA MUDAH DI'LEMBUKONDOKAN',ATAU HANYA DENGAN MENGHULURKAN SEKEPING RM50,SEHELAI PELIKAT MAMAK KUTTY DAN SEBUNGKUS NASI LEMAK MELAYU MUDAH LUPA TAPI HANYA MELAYU TANPA IMAN & AGAMA SAHAJA YANG MUDAH LUPA DAN PERCAYA, MELAYU ISLAM TIDAK LUPA SELAMANYA PERBUATAN PENDERHAKAAN MAMAK & GENG KUTTY NYA !
ReplyDelete