.

Sunday 22 January 2012

Umno Sedang nazak teruk....meronta-ronta mahu memukul orang


Masih ingat lagi tak peristiwa pakcik mahu baling batu pada mahasiswa yang buat himpunan aman di kampung pandan jumaat lepas, pakcik-pakcik itu punya kuasa yang lebih tinggi dari pihak polis, kerana itulah mereka berani bertindak seolah-olah mereka itu sangat kebal.

Ini bukan cerita kosong, ada bukti bergambar yang anda boleh lihat sendiri,
Pakcik dalam gambar diatas, mahu membaling batu kepada pendemo aman, bayangkan jika batu tersebut kena kepada mahasiswa yang melakukan demo tersebut, soalannya bukan apa yang berlaku kepada mahasiswa tersebut, tetapi apa pula nasib yang bakal diterima pakcik itu
Tak cukup dengan membaling batu pakcik yang baru selesai solat tersebut juga tidak segan silu menunjukkan isyarat lucah, mungkin pakcik ini kurang diajar agaknya,kerana itulah perangainya serupa itu.

Bak kata orang usia sudah rumah kata pergi, kubur kata mari, tapi perangai seolah-olah terlupa itu semua, bikin malu anak bini saja., budaya apakah yang dibawa oleh pakcik ini, kebiasaanya budaya lucah ini hanya dibawa oleh puak-puak umno.


Itu baru permulaan budaya jahat yang dihalalkan oleh umno khas untuk penyokong-penyokong kuat mereka, dalam keadaan terdesak begini, menyedari nyawa sudah dhujung usia, umno amat terdesak sekali dan sanggup melakukan apa saja untuk menakut-nakutkan orang ramai.

Terbaru, puak-puak umno telah menyerang ceramah ABU yang dihadiri naib presiden PAS mat Sabu malam tadi, kejadiaan yang berlaku di Dewan MBSA Seksyen 30 Jalan Kebun, Shah Alam itu melibatkan serangan fizikal.
Baca komen diatas, orang umno yang kononnya pembela kaum melayu tergamak merosakkan gerai peniaga melayu, jika anda masih seorang penyokong umno, anda fikir betulx2 apakah pilihan lain yang ada selain dari terus menyokong umno ini. mereka ini gangster-gangster yang akan memperlaku apa saja untuk terus berkuasa.

Apakah anda masih terus menyokong umno bila umno sekarang bukan lagi umno yang pernah wujud satu ketika dulu, umno sekarang tidak lebih dari puak-puak yang mahu berkuasa dan terus merompak harta negara.
Umno semakin meroyan, mereka kini sudah tunjuk belang sebenar mereka, buat mereka yang mahu terus mendokong perjuangan bangsa yang diagung-agungkan umno, fikir sejenak apakah ini budaya perjuangan umno sanggup memukul orang awam yang datang menghadiri ceramah kerana sudah terlalu takut.

Percayalah, umno sudah sampai ke hujung usia, umno kini sedang nazak dan meronta-ronta memukul orang.

-tukang lawan-

1 comment:

  1. Terkini ceramah Mat Sabu dan Hindraf diserang oleh beruk-beruk yang terlepas dari zoo. Takkanlah saja-saja mesti ada sesiapa yang jadi azzazil ni.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist