.

Thursday 5 January 2012

PEMUDA PAS SOKONG TINDAKAN AHLI PARLIMEN UMNO INI !

PEMUDA PAS SOKONG LAJIM!

Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR


PEMUDA PAS Sabah menyambut baik dan mengalu-alukan tindakan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin untuk keluar daripada UMNO/ Barisan Nasional.


Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, tindakan yang dibuat oleh Ahli Parlimen itu sekaligus memberi petanda bahawa UMNO/ BN ditolak oleh pemimpinnya sendiri.



“Pemuda PAS mengalu-alukan tindakan beliau untuk keluar daripada UMNO/ BN. Ini merupakan petanda bahawa, UMNO/ BN tidak hanya ditolak oleh rakyat tetapi termasuklah pemimpinnya sudah meragui kewibawaan parti itu,” katanya.


Lajim, yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini diwar-warkan akan mengetuai satu front baru yang dikenali sebagai Sabah people Front (SPF) sebagaimana yang telah dilaporkan di media massa arus perdana.


Desas-desus mengatakan demikian semakin kuat apabila tindakan Lajim menghadiri majlis sambutan Krismas bekas wakil rakyat Kuala Penyu, Datuk John Ghani yang turut dihadiri beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Naib Presiden PKR, N. Surendran dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.


Tambahnya, sifat pemimpin UMNO/ BN yang tidak mengenang budi dengan jasa-jasa Lajim yang telah memberi kuasa kepada UMNO/ BN untuk memegang tampuk pemerintahan Sabah sekitar tahun 1994 lalu juga menyaksikan bahawa UMNO/ BN dalam dilema dan perpecahan.


“Tindakan berani Lajim melompat daripada PBS kepada UMNO bersama beberapa rakannya yang lain telah memberi laluan UMNO/ BN mendapat majoriti mudah mentadbir negeri,” jelasnya.


Menurut Lahirul, pihaknya turut mempelawa Datuk Seri Lajim untuk bersama-sama perjuangan Pakatan Rakyat bagi membela nasib dan taraf hidup rakyat Sabah.


“Kita pelawa beliau untuk sama-sama dengan Pakatan Rakyat. Beliau sudah sedar apabila bersama UMNO/ BN masih tidak berubah.


“Yang berubah ialah pemimpin-pemimpin UMNO/ BN,” ujar Lahirul./sabahkini.net






3 comments:

  1. Pemuda PAS ni,walau dimana pun,elok tau ilmu Gerak Saraf sikit.Jangan cepat nak sokong orang UMNO yang nak keluar UMNO atau yang dah keluar UMNO.Sama ada nak keluar atau dah keluar UMNO,itu tiada kaitan dengan PAS.Jangan jadikan PAS parti "ambil kesempatan"seolah-olah tak punya maruah.PAS bukan "tong sampah" nak kutip orang yang keluar dari UMNO.

    ReplyDelete
  2. sokong org kuar UMNO6 January 2012 at 00:23

    sokong orang umnu nak kluar umno boleh jatuhkan maruah ker abg anon 23:14?

    ReplyDelete
  3. kalau ini betul,inilah sikap pas yg saya tidak gemari,Mudah sgt dipergunakan org.lepas tu kutuk balik bila org lompat parti.Biar kita kalah tapi perjuangan tetap kita teruskan kerana kita ingin mendapat keredhaan Allah di akhirat.Saya hidup di dua era dimana pas menang dan kalah di kws saya.Saya dpt lihat perubahan itu.Ketika kalah perjuangan begitu meluap2 tapi bila menang perjuangan malap.Minta maaf kalau komen saya tak betul.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist