Thursday, 5 January 2012

Amalina Che Bakri : Video Jawapan Daripada Amalina Sendiri Melalui Skype

Akhirnya Amalina Che Bakri yang ketika ini berada di UK baru sebentar tadi telah pun memberikan jawapan balas melalui bantuan Skype yang dilakukan oleh kalangan wartawan tempatan sendiri di rumah keluarga Nur Amalina Che Bakri di Kota Tinggi, Johor.

Berikut Adalah Jawapan Nur Amalina Che Bakri Sendiri

“Kepada anda yang berada di luar sana, jangan risau, jangan bimbang, im doing fine here, terima kasih kepada semua nasihat yang anda berikan kepada amalina, saya akan jadikan iktibar dan teladan.

tapi ada komen yang sedikit mencalarkan hati amalina. if you want to give me advice harap janganlah terlalu emosi hingga babitkan ibubapa, keluarga,” kata pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2005 yang memperolehi keputusan 17A1, Nur Amalina Che Bakri.

Kumpulan wartawan tempatan dari TV9, Astro Awani, Harian Metro, Sinar Harian, Berita Harian dan Utusan Malaysia berpeluang menemubual Nur Amalina Che Bakri di rumah ibunya di Kota Tinggi, Johor bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai pelbagai tohmahan di media sosial mengenai perkembangan terkini dirinya yang masih berada di United Kingdom.

Sumber : Hazrey (Jurnalis)

Ini Pula Video Jawapan Nur Amalina Che Bakri Melalui Skype





Mana yang baik, mana yang kurang baik saudari Nur Amalina Che Bakri sendiri boleh nilaikan. Cukup sekadar beliau sudah sedia maklum, dan bersedia menerima teguran untuk berubah ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah.

P/S : Sekarang ini, kita doakan sahaja yang terbaik untuk kejayaan saudari Nur Amalina Che Bakri di sana. Semoga pulang & menyumbang bakti beliau kepada Malaysia kelak. Insyaallah.


Berita Semasa

2 comments:

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)