.

Friday, 6 January 2012

SIAPA DALANG TINDAKAN DERHAKA "RAJA KATAK" INI?

SIAPA DALANG TINDAKAN DERHAKA LAJIM?

Oleh : KUSIN MASDIN


TINDAKAN Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Malaysia, Datuk Seri Panglima Lajim Haj Okin melakukan bidalan ‘Pukul Anak Sindir Menantu’ telah menyebabkan senario politik Sabah bergejolak sebelum Perdana Menteri membubarkan parlimen.


Sebagai ‘Raja Katak’ sejak 1994, Lajim diketahui sebagai seorang pemimpin yang tamak dan dalam masa yang sama ‘penakut’ untuk bertindak sendirian sekalipun diangkat sebagai ‘Janang Gayuh’ oleh Masyarakat Bisaya di Beaufort.


Sejak akhir-akhir ini, Lajim sudah berani menentang arus dengan melakukan beberapa tindakan yang tidak sealiran dengan pucuk pimpinan UMNO Sabah termasuk muncul dan berucap di Majlis Pembangkang; dalam masa yang sama menyumpah seranah Kerajaan BN kerana gagal membangunkan Beaufort, termasuk prasana asas seperti bekalan air, bekalan elektrik dan jalan raya.


Hakikatnya, Lajim percaya bahawa pucuk pimpinan BN Sabah sekarang akan diganti Perdana Menteri dan Naib Presiden UMNO, Datuk Mohd Shafie Apdal dijangka akan dinobatkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah untuk memimpin pilihanraya umum akan datang.



Lambakan projek NKRA di Beaufort terutama Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik (BELB) dan rangkaian Jalanraya seolah-olah menjadi umpan kepada Lajim untuk melakukan perang psikologi (Saiwar) kepada pucuk pimpinan UMNO Sabah.


Bersandarkan keyakinan kepada ketokohan Shafie, Lajim tidak gentar diambil tindakan oleh Badan Perhubungan UMNO Sabah dan mula menunjukkan belang sebenar termasuk enggan menafikan penglibatannya dalam penubuhan Sabah People Front (SPF), malah semakin ligat menemui pemimpin pembangkang di Sabah dan di Kuala Lumpur.


Persoalannya, benarkan Lajim kini menjadi ‘Kuda Tunggangan Shafie’ atau tokoh lain yang mengidamkan ‘kerusi’ Ketua Menteri Sabah? Siapakah di sebalik Lajim dan siapakah empat orang tokoh UMNO yang menubuhkan SPF? /sabahkini.net



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist