Monday, 21 November 2011

UMNO Johor Kini Berada Di Penghujung Usia

PONTIAN – UMNO Johor dibawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Abdul Ghani Osman, didakwa kini berada di penghujung pemerintahannya.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh M. Subramanian, Ketua Penerangan, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri Johor dengan katanya berdasarkan kajian yang telah dilakukan bahawa pertambahan pengundi baru yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) rata-ratanya adalah daripada kalangan bukan Melayu.

Hal ini katanya menjadi petanda bahawa pengundi Melayu bukan penentu kepada kemenangan UMNO-Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.

”Pengundi Melayu bukan penentu undi bagi kemenangan Barisan Nasional di Johor. Kajian mendapati 26.000 pengundi baru daripada orang Cina” tegas beliau lagi.

Tambahan pula ujarnya lagi, Pakatan Rakyat (PR) Johor telahpun mensasarkan lebih 13 kawasan Parlimen manakala 35 lagi ialah di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), akan turut memberi kejutan kepada parti yang sudah 53 tahun menjadi pemerintah di negara ini.

”(sejumlah) 13 kawasan Parlimen dan 35 peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) Johor akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Ini laporan sulit yang terakhir (diterima)” ujar beliau lagi.

Selain itu, kata Subramaniam lagi, negeri yang terkenal dengan jolokan ‘kubu kuat UMNO’ itu didakwa turut memiliki rekod kes khalwat yang banyak.

Dianggarkan kira-kira 1730 kes khalwat di negeri ini dan ini disifatkan satu jumlah yang cukup besar.

”Johor (ada) 1730 kes khalwat. Disebabkan kesilapan UMNO perkara ini berlaku.” ujarnya lagi.

Justeru katanya lagi, adalah suatu yang malang bagi rakyat Malaysia yang mempunyai sebuah pemerintah yang hanya mendominasi sesuatu kaum dalam sesebuah parti.

Sedangkan katanya, rakyat negara ini harus berbangga kerana PAS bukan disifatkankan sebuah parti untuk satu kaum sahaja dan hal ini boleh membawa ke arah sebuah negara yang maju dan cemerlang.

”Kalau negara ini nak maju, jangan ada parti satu kaum.

”UMNO sendiri dalam bahasa inggeris. Kalau tak (amalkan) perkauman, parti dalam Malaysia dah maju seperti PAS” tegas beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Ceramah Umum anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian, di perkarangan Markas PAS Cawangan Parit Ibrahim, Sungai Pinggan, Dun Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Ustaz Atan Gombang, Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Ustaz Faizul Hakim Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian.

UMNO Johor Kini Berada Di Penghujung Usia

3 comments:

  1. xyah kalut r....
    umno akn terus berkuasa di johor...
    PR hya mimpi..

    ReplyDelete
  2. mano kau tahu? kau cakap macam kau tuhan pulak!

    ReplyDelete
  3. Bukan umno yg bungkus tapi be end...

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)