Monday, 21 November 2011

Ong Kim Swee , Pejuang Bahasa Melayu Unggul


Tahniah kepada skuad Bawah 23 tahun Malaysia bimbingan Ketua Jurulatih Ong Kim Swee yang akan menentang negara jiran kita Indonesia dalam perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA 2011. Saya tabik kepada Ong Kim Swee bukan setakat kejayaan beliau di padang bola, tapi lebih menarik lagi apabila ditemuramah, beliau menggunakan Bahasa Melayu yang cantik gaya bahasanya. Orang Melayu pun kalah.

Ada orang Melayu tu, temuramah TV Malaysia pun nak cakap Bahasa Inggeris. Ada pula cakap Bahasa Inggeris entah ke mana “grammar” nya. Ada tu pula, cakap Bahasa Melayu jadi Bahasa Rojak, Bahasa Pasar.

Mungkin terlalu awal untuk menganugerahkan Ong Kim Swee sebagai Tokoh Maal Hijrah.

Tak apalah, kita boleh kategorikan Ong Kim Swee sebagai Pejuang Bahasa Melayu.

Ada orang tu pejuang bangsa dengan menghunus keris, tapi bila ditemuramah, ada saja nak selit cakap Bahasa Inggeris.




http://waghih.blogspot.com/

4 comments:

  1. Saya setuju amat bangga bila Ong Kim Swee bertutur dlm bahasa melayu. Berbanding dgn setengah pegawai tinggi kerajaan sprt gabenor bank negara dan beberapa yg lain, yg suka sangat beri kenyataan dlm bahasa inggeris. Tahniah Ong Kim Swee.

    ReplyDelete
  2. jauh lebih baik pertuturannya drp sesetengah pemimpin melayu yg kononnya mendaulatkan bahasa melayu

    ReplyDelete
  3. tabik dgn OKS krn mampu berckp BM dgn baik bila diwawancara. sy slalu tgk lee jae-hyung, jurulatih memanah ngara berckp BM bila diwawancara. gitu gak peter butler, jurulatih bolasepak kelantan pun mampu bertutur BM. cuma sya x pernah tgk gabenor bank negara & presiden Majlis Olimpik Malaysia bercakap bahasa ibunda bila diwawancara. terlebih mkn keju kot!

    ReplyDelete
  4. cuba tengok pam minyak caltex, slogan baru semua bahasa inggeris. mana pergi bahasa melayu. mesti pelanggan caltex semua pandai berbahasa inggeris.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)