Khamis lalu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan beliau tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri jika pilihan raya umum Parlimen diadakan sebelum Jun depan.
“Itu keputusan Tan Sri Khalid. Sudah tentu beliau ada prerogatif untuk ambil keputusan itu.
“Tetapi pada masa yang sama, meskipun Menteri Besar atau Ketua Menteri ada prerogatif, saya mengambil pendekatan berbeza, saya mahu berunding dengan rakan-rakan saya dalam Pakatan Rakyat,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini selepas Persidangan Tahunan DAP Selangor di sini.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, beliau tidak mahu mengecewakan rakyat negeri Pulau Pinang memandangkan Bajet 2012 baru sahaja diluluskan.
Baru-baru ini, dengan memberikan lima alasan, Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk memanggil pilihan raya umum tergempar.
Terdahulu Pemuda MCA mendakwa Pakatan Rakyat tidak bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak sama ada “kerana tidak bersedia untuk berhadapan dengan calon-caloan Barisan Nasional atau bebas ataupun gagal dalam menunaikan janji-janji pilihan raya.”/TMI
Suatu cadangan yang baik.Petugas-petugas pilihanraya dari Pakatan Rakyat akan dapat mengawal pengundi baru dari PATI dari mengundi.Dan dapat juga membantu negeri-negeri lain serta memperkuatkan tenaga kerja dikawasan-kawasan Parlimen.Ini satu cara untuk mengatasi isu PATI dijadikan pengundi serta mencegah pengundi hantu.
ReplyDelete