Sunday, 20 November 2011

ISRAEL MINAT MUHYIDDIN ATAU P RAMLEE?

Oleh : MUTALIB M.D

MENAKJUBKAN! Pertama kali dalam sejarah, Videoklip produksi SabahkiniTV bertajuk ‘Siapa Kencing Muhyiddin?’ yang mengadaptasikan filem ‘Nasib Do Re Mi’ telah ditonton oleh rakyat Israel.

Mengikut statistik Youtube jam 2.22 pagi tadi, 33.3% daripada 767 penonton adalah daripada Israel, namun Sabahkini.net gagal mengesan punca sebenar kenapa rakyat Israel berminat menonton Videoklip dalam bahasa Melayu berkenaan.

Tidak dapat dikenalpasti apakah ada rakyat Malaysia di Israel atau Agendi Yahudi sedang memantau Muhyiddin atau P Ramlee memang popular di Israel?

Sebelum ini, Agen atau Runner yang didakwa melakukan penipuan tersebut, Adrian Khong telah memberi amaran kepada Kunsul Nahul agar menarik balik Videoklip berkenaan jika tidak ingin disaman malu.

Adrian mengaku beliau hanya ‘Orang Suruhan’ dan Sabahkini.net sedang mengesan siapakah ‘King Maker’ yang menjadi ‘Vacuum Cleaner’ di Kementerian Pelajaran Malaysia yang menerima sebahagian besar pungutan haram daripada kontraktor kelas F untuk ‘Big Boss’ yang berselindung di sebalik jawatan mereka.


-sabahkini,net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)