.

Thursday 15 September 2011

Golongan profesional Malaysia akan dibayar gaji tinggi....

Betulke citer ni... Najib dilaporkan berkata golongan profesional Malaysia dibayar gaji rendah berbanding rakan mereka di luar negara, sekaligus menghalang usaha mengekalkan serta menarik mereka yang berbakat bekerja di negara ini.

Beliau berkata meskipun golongan profesional Malaysia bagus, daripada segi gaji, pada skala antarabangsa, mereka tidak dibayar sebaik rakan mereka di negara lain.

"Sudah lama saya menggesa sektor awam dan swasta agar membayar gaji mengikut bakat dan kemahiran pekerja berdasarkan standard antarabangsa.

Najib berkata satu usaha yang fokus perlu dilakukan bagi mengekalkan rakyat Malaysia yang berbakat serta berkemahiran untuk terus berada di negara ini selain menarik golongan profesional yang berkhidmat di luar kembali ke tanah air, dan kadar gaji lebih baik boleh menjadi faktor penarik. Untuk maklumat lanjut baca sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist