Dalam tradisi politik Malaysia, selain dari Allah SWT yang mempunyai penentuan mutlak terhadap segala sesuatu; tarikh pilihanraya ditentukan oleh Perdana Menteri.
Sekalipun dia seorang yang boleh membuat keputusan namun pilihanraya umum adalah kerja besar yang perlukan penglibatan semua pihak. Dua pihak yang mesti melaksanakan agenda besar tersebut ialah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan jentera propaganda mereka.
SPR telah selesai mengadakan kursus pengurusan pilihanraya di seluruh negara. Berdasarkan pengalaman yang lalu, pilihanraya diadakan antara tiga hingga enam bulan selepas kursus pengurusan pilihanraya diadakan.
Jentera propaganda BN juga telah memaksimumkan kerja mereka. Serangan ganas bertubi-tubi mereka kira-kira menyamai serangan tetera bersekutu terhadap Saddam Hussein. Apabila media-media elektronik dan akhbar-akhbar harian yang mejadi talibarut BN menyiarkan cerita sensasi politik secara berganda dan saban waktu, hakikatnya kita hanya perlu menunggu tarikh pembubaran Parlimen dari Perdana Menteri.
Ada pihak yang menjangkakan bahawa pilihanraya tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana kegawatan ekonomi dunia akan menjejaskan peluang BN, lantaran kesan kenaikan harga barang yang melampau dalam negara. Inflasi tidak mesti berpunca dari pemerintah tetapi kerajaan yang memerintah adalah sebaik-baik tempat rakyat ‘melepas geram’ jika urusan kebajikan mereka tidak dapat diatasi oleh kerajaan. Banyak kerajaan di dunia yang tumbang kerana tekanan kos hidup, sekalipun pihak yang akan mengganti belum tentu menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Harus diingat bahawa jangkaan kegawatan ekonomi akan bertambah buruk menjelang pertengahan tahun 2012 sehingga ke akhir tahun. Kerajaan BN tidak mempunyai pilihan untuk membuat keputusan yang terbaik berhubung tarikh pilihanraya dalam keadaan tekanan ekonomi semakin menghimpit rakyat. Jadi memilih waktu yang buruk adalah lebih baik dari memilih waktu yang lebih buruk.
Masih ingat pilihanraya umum 1999? Sokongan rakyat terhadap BN, khususnya Dr. Mahathir jatuh merudum. Tetapi Perdana Menteri itu telah mengejutkan dunia pada masa itu memilih membubarkan Parlimen sewaktu hampir dengan bulan puasa sedangkan ramai menjangka ia akan diadakan selepas hariraya. Ramai juga penganalisis menganggap beliau membuat keputusan yang salah kerana memilih tarikh ketika dirinya masih dibenci orang Melayu berhubung isu kezaliman terhadap bekas Timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam sejarah itulah PRU di mana PAS memperolehi kerusi terbanyak iaitu 27 kerusi sehingga berjaya meletakkan Presiden PAS Dato’ Fadzil Noor secara mutlak sebagai ketua pembangkang. Sebenarnya BN masih utuh kerana mengekalkan majoriti dua pertiga, namun jika pilihanraya diadakan hanya dua bulan selepas itu majoriti dua pertiga belum tentu milik BN kerana beratus ribu pengundi muda akan digazetkan nama mereka dalam buku daftar pemilih. Ternyata pada masa isu kecenderungan pengundi muda adalah kepada pembangkang. Ertinya Dr. Mahathir membuat pilihan tepat kerana memilih waktu yang tidak lebih buruk dari tarikh yang dipilih.
Cabaran di zaman Najib pun sama. Selain faktor ekonomi, Umno bergelut dengan isu dalaman yang parah. Pemilihan boleh ditunda demi mengelakkan perpecahan tetapi tidak boleh mengekangnya terlalu lama kerana akhirnya ia akan hampir juga dengan pemilihan baru. Lobi serta konspirasi menjatuhkan lawan pun bermula. Ini yang lebih menakutkan Najib berbanding berperang dengan pembangkang secara berdepan.
Pilihanraya hampir, cuma ia bukan pada bulan Oktober dan November kerana beribu-ribu umat Islam sedang berada di tanah suci. Senario politik mutakhir, BN bergantung sepenuhnya kepada undi Melayu. Di samping Umno juga tidak mahu dituduh pihak pembangkang sebagai mengkhianati kuasa penentu politik dari orang Melayu. Umno merasa sudah lengkap dan sempurna watak ultra Melayunya dengan menggendong semua isu perkauman sempit Melayu. Takkanlah mereka nak biarkan di saat akhir menjelang pembuangan undi, watak asobiyah Melayu ini hendak dicemarkan.
Akhir bulan November dan awal Disember, sekolah-sekolah sibuk pula untuk peperiksaan SPM dan STPM. Ibu bapa akan marah pada BN, jika waktu keemasan anak-anak mereka itu diganggu. Dahulu BN tidak takut akan kemarahan rakyat sekarang tidak lagi. Hujung tahun juga adalah musim tengkujuh di Pantai Timur. Jadi sepanjang tahun ini, ia menjadi tempoh yang tidak munasabah untuk pilihanraya.
Bulan Januari 2012 adalah masa terbaik tetapi rakyat belum selesa kerana poket kering setelah membelanjakan duit untuk urusan persekolahan anak-anak. Najib tidak akan pilih tarikh waktu rakyat tidak gembira.
Pilihan yang terbaik bagi BN ialah antara Februari dan Mac. Ia mungkin mengulangi waktu pilihanraya umum ke 12 lalu. Ada yang meramalkan Najib akan memilih tarikh 11 Februari atau 11 Mac kerana angka 11 sangat diminati Perdana Menteri itu. Ramai kalangan rakyat yang bersetuju angka tersebut untuk dijadikan pilihan Najib, kerana 11 adalah simbol sepasang batu nisan. Simbol kematian Umno ibni Barisan Nasional.

-DD
p/s- Walaupun bila PRU 13, PR perlu siap sedia.... pastikan be end tumbang.....
bulan 11 kot lepas belanjawan...
ReplyDeleteorg spr dah siap2 kursus & rekrut staff baru skrg nih...
mungkin jugak bro kandis... yg penting PR tlh siap siaga...
ReplyDeleteBulan 11!!! Btul tu..najib br lps umum bajet yg mengembirakan terutama kakitgn kerajaan..bln 11 org islam ke mekah mngerjakn haji..sdh tentu ramai org pr yg pegi hj..org umno tk brp minat.. Keuntunngan bsr buat bn..
ReplyDeleteBulan 11-mid 12 tak boleh...dewan dan sekolah diguna untuk spm-stpm....bajet umur bersara jadi 60 tahun....pehhhh PRU13 awal januari ler......
ReplyDeletebanyupacirin
kepada kerajaan selangor, kelantan, pulau pinang dan kedah.
ReplyDeletekalau 8.0 tuntutan bersih 2.0 tidak ditunaikan,
jangan bubarkan dewan undangan negeri.
cukupkan tempuh berkhidmat untuk rakyat hingga tahun 2013.
jangan ikutkan sangat kepala angin si najib tu.
gerak kerja BeEnnd telah di maksimunkan semungkin yang boleh. Kerahan tentera utk membina penempatan orang asli jelas penunjuk bahawa PRU terlalu hampir dan semua jentera Umno/BeEnd telah digerakkan.
ReplyDeletePada pandangan hamba, PRU akan diadakan pada bulan 11.. itu penunjuk yg pasti sbb ada spy dalam Umno yg berjawatan tinggi sendiri yg beritahu..