.

Saturday 1 October 2011

Bajet 2012 : Gaji sektor awam naik sehingga 40 peratus...

— Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus

Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”.

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).

“Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu.

Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.

Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Satu sumber berkata, “langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred.”

“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.

Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu.

“Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan.

“Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam ... kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.

“Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,” kata sumber itu lagi.

Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan.

SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam.

SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.

Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi.

The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.

Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.

Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.

Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini.

Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa.

Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

the malaysian insider


p/s - Tahniah kepada kakitangan awam (Jika betul).... tapi undi tetap pada PR.....


6 comments:

  1. KAH KAH KAH....

    SEKALI LAGI RAKYAT MALAYSIA AKAN DI BELI OLEH SISTEM PEMBODOHAN UMNGOK....

    ORANG MELAYU TERUTAMANYA, SGT MURAH HARGA JIWA DAN AKALNYA....

    JIKA BETUL 40% GAJI DI NAIKKAN, MAKA PIHAK PAKATAN KENA RISAU DAN MULA BERTINDAK DRASTIK...

    JIKA TIDAK PAKATAN AKAN HANYA MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI......

    JIKA PAKATAN TERUS BERBANGGA DGN KEJAYAAN PRU12 MAKA...

    UMNGOK AKAN TERUS BERKUASA SEBAGAI PEMERINTAH DAN SEMUA PENYOKONG & PENDOKONG PAKATAN AKAN JADI BADUT NEGARA....

    KAH KAH KAH.....

    SEDARLAH WAHAI SAHABAT2 PAKATAN...
    JGN KITA TERLAMPAU OVERCONFIDENT...
    BIMBANG SEJARAH BERULANG LAGI....



    p/s: sori nizar, bahasa terkasor sikit...

    -kandis- gerai3abdul blog

    ReplyDelete
  2. bajet yg dikhuatiri membawa bencana kpd negara... harga barang akan melonjak naik, inflasi meningkat... yg akan jadi mangsa tentunya masyarakat terbanyak..

    ReplyDelete
  3. sori tadi tak bleh login google ada problem sket

    ReplyDelete
  4. Memang patut gaji naik sebab harga barang naik. Bagaimana sektor swasta? Mereka pun memebeli barang pada harga yang sama dengan pekerja sektor awam. Selepas gaji naik, harga barang akan naik lagi. Nampaknya kenaikan gaji tidak memberi makna kepada pekerja sektor awam dan memberikan tekanan berat kepada sektor swasta

    ReplyDelete
  5. Salam...
    Besar mana pun kenaikan disektor awam TETAPI sektor swasta masih di hadapan. Lihat sahaja bonus yang diperolehi Perodua, Bank Rakyat dan Bank-Bank Lain yang mencecah 5-14 bulan bonus,

    Sektor pertanian terus berlaku peningkatan harga....kelapa sawit, getah, ikan BAHkan pendapatan peneroka felda berganda lebih dari penjawat awam.....Jangan dicemburui kakitangan awam......kerana ada yg terpaksa buat 2 kerja dalam satu hari......peranan kerajaan ialah kurangkan cukai barangan, jika terpaksa guna subsidi dan tingkatkan cukai korporat dan PERANGI KETIRISAN.....dan rasuah dan kronisme

    urang susah

    ReplyDelete
  6. kaedah yang diperkenalkan berlaku ketirisan dimana kalau individu bukan KAKI KIPAS, KUAT MENGANJING DAN MALAUN maka kaedah ini bknlah kaedah yang terbaik........buat cikgu-cikgu sekolah SBPA akan membunuh kerjaya guru

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist