.

Sunday 1 November 2009

Idris Tuduh Penduduk Beberapa Kampung Di Besut 'Sesat' | Nizar News

BESUT – Bekas Menteri Besar Terengganu yang disingkirkan, Dato’ Seri Idris Jusoh menuduh penduduk di bebeberapa buah kampung di daerah ini mengamalkan ajaran sesat.

Katanya, orang-orang kampung mendakwa ’dapat pahala’ jika tidur bersama dengan gambar seorang pemimpin parti pembangkang di negara ini.

"Selain tidur bersama gambar dan percaya apabila melihat gambar pemimpin berkenaan akan memperoleh pahala, penyokongnya juga ditanamkan dengan kepercayaan bahawa sekiranya bermimpi bertemu pemimpin itu maka pahala berganda akan diperolehi oleh orang tersebut.

"Ini satu perkara serius yang patut diperbetulkan kerana ia jelas telah memesongkan akidah yang bertujuan untuk mengekalkan populariti dalam politik," kata Idris kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jualan Mega peringkat daerah di sini pada Sabtu, 31 Oktober, sebagaimana dilaporkan Bernama - Buletin Online

2 comments:

  1. udahla songkap duit negeri terengganu, tabur fitnah pulak. pandai sungguh deris ni buat2 cerita.

    ReplyDelete
  2. yg duk tampal gambar artis separuh bogel kat lam lemari n blakang pintu plak camner..??? Tak ke sesat n serius serta perlu diperbetulkan ker? Lebiih baik sanjung alim ulama. Tak dapat berjumpa,tengok gambar pun jadilah...

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist