.

Sunday 1 November 2009

TOLAK KATAK, KAMI TAK MAHU KATAK ! | Nizar News

Penduduk Pelabuhan Klang Protes Badrul Hisham

PELABUHAN KLANG, 1 Nov - Penduduk Pelabuhan Klang hari ini mengadakan protes secara aman mendesak Adun Badrul Hisham meletak jawatannya sebagai Adun Pelabuhan Klang serta merta.

Tunjuk perasaan ini ekoran tindakan Badrul enggan melepaskan jawatan walaupun mempun yai rekod kerja yang amat buruk.

Pada 29 Oktober lalu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan usul kepada parti keadilan rakyat menggesa badrul meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat usul ini dikemukakan selepas badrul enggan memperbaiki rekod buruk beliau seperti yang dilaporkan oleh media termasuk Utusan Malaysia.

Beberapa jam kemudian Badrul mengumumkan keluar parti dan sokongan kepada parti pembangkang Barisan Nasional.

Tolak Katak, kita tidak mahu katak antara laungan penduduk ketika tunjuk perasaan ini.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata Badrul perlu melepaskan jawatan supaya warga pelabuhan Klang dapat memilih wakil rakyat yang mahu bekerja melalui pilihan raya kecil.

“Saya cabar dengan Badrul supaya dia keluar dan masuk gelanggang pilihanraya, dan kita akan cabar dia sampai halau keluar dia sebab kita ada lebih bagus wakil-wakil yang boleh ganti beliau”,katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Kapar ,S. Manikavasagam berkata walaupun Badrul menjadi wakil rakyat bebas atau mana-mana parti sekalipun rakyat telah melabel beliau sebagai wakil rakyat yang tidak boleh bekerja.

“Kita akan teruskan dan akan bantah sekeras-kerasnya.Kita tidak mahu sesiapa dari Pakatan Rakyat lompat macam ini”katanya._ SelangorKini


NOTE : JOM SERTAI PROGRAM BANTU MEMBANTU SESAMA INSAN.... SILA KLIK, TQ..


.

1 comment:

  1. salam,
    aku sebenarnya neutral lagi dlm politik ni...tapi perkembangan semasa aku mmg ikuti la...apa yg aku nmpak PKR di Selangor ni mmg masih worse off...aku businessman..hampir setiap hari aku berpusing sekitar selangor dan wilayah...sebenarnya kalau nak ckpkan kan PKR dgn BN sama je...kalau isu salhguna kuasa dan rasuah ni....sama je...tapi kalau nak ikutkan bijak memerintah Bn lagi terror..sbb PKR xde pengalaman...PKR walaupun ada Dr..ada Proff..tapi lemah mentadbir..buat malu je...isu rasuah di PBt sebenarnya pun sama....
    Sebennarnya mindset Org Malaysia ni kena perbetulkan....Tgokla negara2 maju....Org2 yg berkeluusan dlm bidang pentadbiran dan berpengalaman luas patutnya mentadbir negeri dan negara.
    Bukan ckp Ir...Dr perubatan x pandai mentadbir...tapi mmg dia org tak tahu mentadbir.....
    Tapi kalau melibatkan buat bangunan ke Ir bole la mentadbir...Kalau bidang perubatan ke Dr la punya kerja.....
    Bukan apa aku kesian tgok dan rasa malu...Ir dan Dr kalau mentadbir mcm nampak yg Malaysia ni reput betul
    Ikhlas dari
    JR

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist