Sunday, 22 November 2009

Amaran rombak PKR | Nizar News

MARANG - Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu dan beberapa negeri lain akan berdepan rombakan sekiranya tiada perubahan dalam masa terdekat bagi menguatkan parti.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan itu perlu dibuat dalam tempoh maksimum tiga bulan, sebelum tindakan selan-jutnya diambil.

Menurutnya, dalam tempoh itu, PKR negeri perlu lebih bersedia meningkatkan aktivit dan menambahkan keahlian serta prestasi pemimpin akan dinilai.

“Kita akan lihat, jika prestasi terlalu lemah, kita terpaksa membuat rombakan. Sekarang ini nampak ada yang (pimpinan negeri) bermasalah dan kita akan buat penilaian di semua negeri.

“Untuk PKR Terengganu, kita nampak perlu ada suntikan tambahan dan kita harap pimpinan PKR Terengganu boleh buat perubahan itu seperti mana permulaan dahulu,” katanya _ Sinar Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)