.

Wednesday 14 October 2009

QUO Vadis Pakatan Rakyat | Nizar News

Kiriman bilahrotan

Telur sebiji riuh sekampung. Begitulah gambaran yang boleh diberikan terhadap UMNO ketika ini. Walau bagaimanapun, isyarat itu boleh membahayakan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya tindakan segera untuk mengubah keadaan tidak diambil.

UMNO sudah melangkah satu tapak ke hadapan untuk mengatasi masalah rasuah politik. Di samping itu, mereka juga menggerakkan jentera untuk mengurangkan pengangguran dan membantu golongan miskin. Semua projek ini dilihat akan menguntungkan UMNO. Maklumlah, mereka mempunyai dana yang banyak.


Dalam keadaan dana terhad, adakah PR tidak boleh melancarkan apa-apa projek untuk menawan hati rakyat? Kerajaan PR Pulau Pinang telah berbuat sesuatu yang berkesan dan terpuji mengenai pembanterasan rasuah. Mereka juga berjaya mengatasi masalah miskin tegar, menyelesaikan krisis Kampung Buah Pala, dan memberi pengiktirafan kepada para hafiz. Kesemua ini amat baik untuk mengekalkan sokongan rakyat kepada PR, khususnya di Pulau Pinang.

Namun demikian, takkanlah Selangor hanya berbangga dengan pemberian air percuma, penyelesaian kes kuil Hindu,pembanterasan minuman keras dalam kalangan umat Islam, dan bantuan kepada pelajar yang berjaya ke universiti sahaja. Banyak lagi yang boleh dilakukan di Selangor. Jika diperhatikan, semua DUN yang dimenangi UMNO terdiri daripada kawasan yang setaraf dengan Bagan Pinang. Jika ditakdirkan berlaku PRK di tempat-tempat itu, PR akan ada masalah besar untuk menang. Mengapa PR tidak berusaha untuk menjaga kebajikan golongan berpendapatan rendah di kawasan itu sebelum UMNO menghamburkan wang yang bertimbun-timbun masa berkempen nanti? Inilah masanya untuk berbakti kepada rakyat yang memerlukan dan rakyat yang dibantu itu tidak akan menganggapnya sebagai gula-gula politik kerana tiada PRK.

Langkah yang sama boleh dijalankan di semua kawasan yang dimenangi UMNO dalam PRU Ke-12 dahulu. Tangkap kemas-kemas orang di kawasan itu sebelum mereka disuap dan diugut oleh UMNO dalam kempen PRK. Kita tidak tahu di mana lagi akan diadakan PRK selepas Bagan Pinang. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Persediaan awal amat diperlukan. Di samping itu, kita perlu mengambil kesempatan ini kerana jarang sekali ADUN UMNO menghiraukan anak buah mereka setelah menang! _TKOdaily.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist