.

Wednesday 14 October 2009

Menang Kerana benar ? : PakKaramu | Nizar news

Oleh : PakKaramu

Salam,

Di kalangan UMNO mengatakan mereka menang di Bagan Pinang kerana mereka benar ? Kemudian mereka kata PAS telah kalah kerana PAS tidak benar ? Demikian penilaian yang mereka telah buat, kemudian Pak Karamu kata regim Yahudi itu benar , kerana itu mereka menang dan Palastin itu salah sebab itu mereka kalah, UMNO yang berjuang dengan semangat kebangsaan dan nabi tak mengakui umatnya menang kerana UMNO benar dan PAS yang berjuang dengan dasar islam tidak benar kerana itu PAS kalah ?

UMNO yang telah menang kerana amalkan rasuah yang nyata telah menang demikian juga calonnya maka UMNO itu benar dan PAS telah kalah dengan teruknya maka PAS tidak benar kerana tiada rasuah dan kerana tiada rasuah maka PAS kalah, UMNO buat berbagai cara kerana ia hendak menang maka mereka buatlah berbagai cara maka mereka menang, PAS tak buat macam UMNO buat kerana takutkan dosa pahala maka PAS kalah, pengalaman dalam tentera mengajar Pak Karamu erti benar dan salah maka rata-rata yang salah itu menjadi benar dan yang benar itu menjadi salah

Manusia sudah tidak lagi mengenal salah hakiki dan benar hakiki kerana penilaian salah dan benar hakiki ini sudah tidak lagi sesuai buat masa sekarang itulah satu realiti penilaian manusia zaman yang di katakan bertamadun ini, sesiapa yang mahu maju dan menang kena buat bengkok dan siapa yang mahu kalah kenalah buat lurus, dalam sembahyang kita minta Tuhan tunjukkan ke arah jalan yang lurus akan tetapi bengkok juga yang mendorong kita untuk menang walaupun sikap itu munafik, kemudian ada orang berkata " munafik tak apa asalkan jangan kafir " pada hal orang munafik itu tempatnya di bawah neraka orang kafir dan di larang pula di sembahyangkan serta berada di kuburnya so macam mana ? _PakKaramu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist