.

Wednesday 14 October 2009

Kisah Penyalak Bukit Bertempek Di PWTC.. | Nizar News

Pada pagi ini berkumandang suara KJ nama gelaran di beri jaguh Ketua Pemuda sebuah parti Melayu tidak hampir lupus ditelan zaman.

Pada pagi ini berlangsungnya Perhimpunan Agung Khas sebuah parti itu bagi meminda perlembagaan parti tersebut demi menyelematkan sebahagian besar pemimpin mereka. Di dalam kata- kata penuh kesat dan tidak bertamadun itu di selangi dengan ucapan yang di ambil dari ayat suci al-quran. Ucapan bercampur gaul dengan pembawakan “Penyalak Bukit” yang ditujukan khas kepada ribuan Perwakilan terdiri daripada Ketua- ketua Pemuda Bahagian, Naib- naib Ketua Pemuda Bahagian dan AJKnya menyaksikan ketua mereka berucap melatah dengan pelbagai madah dan janji selepas terkenan tidak dilantik menganggotai Jamaah Menteri 1Malaysia.

Cuba saudara fikirkan di dalam perhimpunan yang mereka adakan mereka masih menggunakan pelbagai isu antaranya isu perkauman, isu agama dan isu perpaduan. Mereka cuba menimbulkan kemarahan sekelian rakyat pelbagai kaum dan mereka cuba memperlekehkan kerjasama antara gabungan Pakatan Rakyat yang terdiri dan dipelopori oleh PAS, PKR dan DAP. Mereka ini agak busuk hatinya apabila tidak menerima kekalahan di liam(5) negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat(PAS-Kelantan, Kedah,Perak-PKR-di Selangor dan DAP-di Pulau Pinang). Malah KJ menyerang peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat(Dato’ Seri Anwar Ibrahim), seluruh Pemimpin- pemimpin PAS dan DAP. Saya amat berterima kasih kepada kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat kerana tidak merestui kerjasama dan mengadakan kerajsama dengan BN apatah lagi UMNO yang berselidung atas kepentingan Ummah dan Umat Melayu. Daripada petikan ucapan- ucapan pemimpin- pemimpin UMNO kita lihat bahawa mereka inilah Pendusta dan Api Dalam Sekam yang wajib disedarkan.

Peristewa Rampasan kuasa di Perak yang berlaku pada Mac 2009 yang lalu menjadi kenangan dan sejarah hitam serta iktibar kepada kita semua malah kita perlu sedar sejarah politik tanahair tidak dapat dipadamkan dari ingatan kita apabila UMNO menggulingkan Kerajaan PAS di Kelantan pada era 70an yang lampau. Dalam pada itu provokasi- provokasi yang di buat oleh samseng UMNO semenjak dahulu lagi terhadap PAS apabila menjelang pilihanraya Umum atau pilihanraya kecil.

Oleh itu, marilah kita jadikan asas dan menjadikan Al-Quran, Hadith dan Ijma serta Ulama untuk membina perjuangan yang tinggi bagi memudaratkan UMNO bermula sekarang

Sumber : SiasahDaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist