.

Sunday 18 October 2009

Ayuh…Tinggalkan UMNO Sabah ! | Nizar News

Oleh: ABBAS BIN AHMAD (Ahli Persatuan Blogger Sabah-PBS )

Saya ingin menarik perhatian saudara-saudari terhadap nasib malang yang menimpa Bekas Ahli-Ahli USNO Sabah, berbagai cara dan bentuk gerak kerja telah dilalukan oleh Rakyat Sabah, khasnya mantan Pemimpin-Pemimpin USNO bagi mengembalikan Perjuangan Parti Kemerdekaan Sabah, Parti USNO atau United Sabah Nasional Organisation kembali ke Sabah. Namun permintaan ini terus ditolak oleh Pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia (R.O.S) tanpa memberi alasan.

Sejarah Penubuhan USNO semula telah diusahakan oleh banyak pihak di Sabah, namun dipandang sepi dan diperlekehkan oleh pihak tertentu, bahkan setiap kali ahli USNO dan Generasi Pimpinan muda pelapis USNO berjuang untuk mendaftarnya, dolak-dalik, seribu alasan dibuat oleh pihak ROS bagi melambatkan Pendaftarannya dengan tujuan untuk menghalang dan menolaknya.

Persoalannya apakah Rakyat Sabah tidak berhak untuk menubuhkan Parti dan perjuangannya sendiri? Perlukah mereka terus untuk mematuhi kehendak pihak yang berkuasa dalam Kerajaan bagi melupakan saja Perjuangan Parti Kemerdekaan ini seolah-olah dipaksa untuk duduk diam dalam rumah sendiri tanpa berbuat sesuatu.

Beberapa kumpulan Pejuang Bangsa Sabah-USNO (PBS-USNO) telah cuba untuk menghidupkan semula semangat juang USNO (Parti Kemerdekaan) bagi negeri Sabah ini supaya dapat dibenarkan semula dalam arena politik negara namun semua usaha ini terus gagal atau pendek kata digagalkan oleh orang yang pernah diberikan jasa olehnya.

Semua kegagalan ini adalah berpunca daripada alasan dan teori bahawa USNO boleh memecahkan UMNO di Sabah serta ditakuti akan menjejaskan agenda UMNO di negeri Sabah untuk terus berkuasa tanpa saingan dari parti Bumiputera lain. Selanjutnya

1 comment:

  1. UMNO DIBAWA KESABAH OLEH YB ANWAR IBRAHIM PIHAK PR KENA TANYA DIA KENAPA INI BERLAKU

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist