.

Sunday 18 October 2009

UMNO Ibarat KETAM ! | Nizar News

KETAM AJAR ANAK BERJALAN BETUL

UMNO yang baharu sahaja selesai mengadakan perhimpunan agung mendabik dada kepada MCA. Perbuatan itu dilakukan setelah berjaya merealisasikan propaganda meminda perlembagaan. Demi 1Malaysia UMNO mengetepikan Ketuanan Melayu dan tidak endahkan perjuangan Islam. UMNO terus menjadi parti nasionalis yang sekular. Itulah kebanggaan keramat mereka. Islam diambil semata-mata kerana sesuai dengan agenda tertentu, bukannya sebagai titik tolak perjuangan.

Dengan ketempangan itu UMNO menyuruh MCA mencontohi mereka dalam cara menyelesaikan masalah. Barangkali UMNO sengaja menutup sebelah mata tentang penolakan MCA terhadap rasuah dan kesalahan moral. Sikap MCA lebih mulia jika dibandingkan dengan UMNO yang mengaku beragama Islam.

Namun demikian, berita mutakhir menampakkan penyakit UMNO menjalar ke dalam MCA. Ong kata dia terima keputusan mesyuarat agung luar biasa partinya. Dia dan Chua ditolak oleh perwakilan. Chua sudah jadi ahli biasa MCA. Ong tidak melepaskan jawatannya. Alasannya presiden hanya perlu letak jawatan kalau ditolak dua pertiga ahli parti. Dia nak adakan sekali lagi mesyuarat agung luar biasa.

Sudah tentulah penyokong Chua rasa tertipu. Begitu juga dengan kumpulan ketiga yang beriya-iya menolak Ong dan Chua. Melalui mesyuarat agung luar biasa kali ini mungkin Ong dapat mengukuhkan kedudukannya.

Hakikatnya, pemimpin atasan UMNO dan MCA sama sahaja. Pelbagai taktik digunakan untuk mengekalkan kuasa. Jadi, usaha UMNO sebagai ketam hendak mengajar MCA berjalan betul tu sia-sia sahaja. Kedua-duanya ialah ketam yang tidak pernah berjalan betul! _Pena Mutiara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist