.

Saturday 5 September 2009

Lelaki teman isteri sarapan tak berpuasa 10 tahun | Nizar News

KANGAR: Seorang lelaki yang ditahan kerana tidak berpuasa di kedai makan Cina di pekan ini, pagi semalam mengaku sudah hampir 10 tahun tidak menunaikan rukun Islam ketiga itu.

Pengakuan itu dibuat lelaki terbabit, 24, kepada salah seorang pegawai di Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips) ketika dia disoal siasat selepas ditahan dalam satu Operasi Bersepadu Khas dijalankan jabatan berkenaan, di sekitar pekan ini pagi semalam.

Berdasarkan maklumat, lelaki terbabit yang berasal dari Titi Beratap, dekat Simpang Empat, di sini, mengaku tidak pernah berpuasa dan kali terakhir berbuat demikian ketika berusia di bawah 15 tahun

Malah, ketika ditahan lelaki terbabit mendakwa tidak berpuasa semata-mata kerana menemani isterinya, 25, seorang warga Thai bersarapan di kedai berkenaan, selepas berada dalam pantang akibat datang bulan.

"Saya kerja di bendang dan seingat saya, sejak berumur 15 tahun saya tidak pernah berpuasa. Hari ini, saya tidak berpuasa sebab menemani isteri saya makan," katanya kepada pegawai berkenaan.

Difahamkan, lelaki terbabit ditahan penguat kuasa Jaips kira-kira jam 9.30 pagi. Ketika itu, dia sedang asyik menikmati minuman bersama isterinya di kedai makan berkenaan, sementara menunggu makanan yang dipesan dihidangkan. LAGI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist