Insiden penculikan terkini melibatkan warga
asing di Sabah mendorong bekas ketua menteri negeri itu menawarkan
ganjaran wang untuk sesiapa yang dapat menampar Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Zahid Hamidi.
Ini ekoran kenyataan timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar supaya
pusat peranginan di pulau terpencil ditutup ekoran faktor keselamatan.
Datuk Yong Teck Lee menjanjikan RM500 kepada sesiapa yang dapat menampar
menteri itu ekoran kegagalan keselamatan, yang menyebabkan warganegara
China dan Filipina dijadikan tebusan lelaki bersenjata dalam insiden
terbaru.
Selain itu, presiden Parti Maju Sabah (SAPP) juga menawarkan ganjaran
RM1,000 kepada mana-mana anggota Parlimen untuk mengusulkan pemotongan
gaji menteri dalam negeri, menteri pertahanan dan menteri pembangunan
luar bandar.
“Ini untuk tunjukkan kemarahan rakyat Sabah berhubung kegagalan
berterusan kerajaan persekutuan menunaikan tanggungjawab perlembagaan
untuk melindungi Sabah dan rakyatnya,” katanya.
Wan Junaidi mengeluarkan cadangan penutupan resort terpencil ekoran
tiada sesiapa dapat menjamin keselamatan tempat itu ekoran kedudukannya.
“Polis dan tentera tidak boleh berada di sana setiap masa,” beliau dipetik sebagai berkata oleh The Star./~malaysiakini
Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
4 hours ago
Mai sini aku nak bagi "Penampar Buaya" kat Zahid. Biar benhong setahun dia..
ReplyDelete