KUALA LUMPUR - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin
Tun Hussein menegaskan kebarangkalian bagi penumpang untuk terus hidup
masih ada.
Menurutnya selagi pesawat MH370 tidak ditemui, masyarakat dunia harus
terus berharap bahawa kemungkinan penumpang dan krew pesawat tersebut
untuk hidup masih ada.
"Ini adalah harapan buat keluarga penumpang dan pesawat tersebut, walau
apa jua keadaan kita perlu terus mengandaikan bahawa mereka masih
hidup, walau pun kemungkinan tersebut tipis," katanya.
Justeru, beliau merayu kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan
sebarang andaian berhubung dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia,
Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan pesawat MH370 hilang di
Lautan Hindi.
"Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa MH370 telah hilang di Lautan Hindi, bukannya terhempas di Lautan Hindi.
"Saya merayu kepada orang ramai supaya jangan cepat mempercayai
sebarang khabar angin berhubung dengan kenyataan beliau," katanya lagi./~sinarharian
Rumah runtuh awal pagi, 6 sekeluarga nyaris maut
40 minutes ago
emas premierfx · 575 weeks ago
jazckozm · 575 weeks ago
Ibn Abd Halim · 575 weeks ago