KUALA LUMPUR 26 APRIL: Polis digesa mengambil tindakan segera
berhubung penyebaran gambar dan berita fitnah kononnya Presiden
KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah meninggal dunia
semalam.
Gambar yang tersebar di facebook dengan nama pemilik ‘Blue Wave Army’
itu memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di
dalam balutan kain kafan putih.
Sekeping
lagi gambar memaparkan tiga orang lelaki sedang memasukkan jenazah ke
dalam liang lahad sambil diperhatikan orang ramai.
Kenyataan di facebook itu juga menyebut Wan Azizah sebagai ‘isteri
kedua ketua pembangkang’ dan menggelarkannya sebagai ‘mujahidah
bangsat’.
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah tersebut.
“AMKPP mengutuk tindakan pemilik akaun facebook dengan nama ‘Blue
Wave Army’ yang menyiarkan berita fitnah bergambar tentang kematian YB
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam.
“AMKPP akan membuat laporan polis bermula hari ini,” kata Ketuanya, Dr Afif Bahardin dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut mendesak pihak polis memandang serius fitnah ini dan
mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang memuat naik serta
menyebarkan berita palsu dan fitnah yang berniat jahat itu.
“Jika suspek yang dipercayai memuat naik gambar mayat Datin Seri
Rosmah Mansor tempoh hari boleh dikenakan tindakan segera, AMKPP
menggesa PDRM melakukan tindakan pantas yang serupa.
“Buktikan bahawa PDRM tidak melakukan langkah pencegahan terpilih dalam memerangi jenayah,” tegas Dr Afif.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61049
Sarung cincin di jari bukan di kemaluan, kau ni dah kenapa?
27 minutes ago