Kuala Lumpur: “Patutlah sepanjang 10 minit perbualan kami melalui
Skype, lelaki itu minta saya melakukan beberapa pergerakan badan.
Rupa-rupanya dia rakam dan gunakannya untuk buat tiga video pendek yang
mengaibkan saya.
“Dia ugut akan musnahkan kerjaya dan masa depan saya dengan sebarkan
video itu jika saya tidak mengirimkan wang RM20,000 kepadanya,” kata
penyampai stesen televisyen Al-Hijrah, Amin Idris.
Amin, 33, berkata, kejadian itu berlaku pada hujung Mac lalu apabila dia
menerima pesanan daripada pemilik akaun Facebook (FB) dengan nama
Stevan Cruz ketika melayari laman sosial itu di rumahnya.
Menurutnya, Stevan memperkenalkan diri sebagai pegawai jabatan sumber
manusia yang dilantik beberapa pengurusan kilang di Filipina dan ingin
menjemputnya ke sana bagi menyampaikan ceramah motivasi kepada pekerja
kilang.
“Dia kemudian mengajak saya beralih kepada Skype kerana lebih mudah
untuk berbincang melalui video dan tanpa mengesyaki apa-apa saya membuka
akaun Skype semata-mata mahu memenuhi pelawaannya itu./~hmetro
Wanita bersalin dekat kaunter tiket lapangan terbang
13 minutes ago