KAJANG: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad
Muhd Taib meminta pengundi Kajang memberi isyarat yang jelas kepada BN
dengan meningkatkan lagi majoriti undi calon Pakatan Rakyat pada Pilihan
Raya Kecil (PRK) Kajang 23 Mac ini.
Berucap pada pada program
Pelancaran Jentera PAS PRK Kajang di Taman Jenaris malam tadi, bekas
Naib Presiden Umno itu juga berkata, PRK Kajang adalah penting sebagai
medan mengembalikan semula demokrasi yang sihat.
"Kalu boleh majoriti kali ini bair meletup. Biar calon BN hilang deposit.
"Saya
minta pengundi Melayu, orang tua orang muda yang macam saya, untuk
mengundi calon Pakatan Rakyat," katanya dalam nada berseloroh disambut
gelak ketawa para hadirin.
Mengulas lanjut beliau yang juga
Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS berkata,
sekatan dan halangan pelbagai bentuk terhadap Pakatan Rakyat menjadikan
pertandingan tidak berlaku atas padang yang sama rata.
Keadaan itu sekaligus telah mewujudkan situasi demokrasi yang tidak sihat dalam negara ini.
"Dulu
waktu saya dalam Umno, setiap hari muka saya dalam akhbar. Sekarang
bila saya masuk PAS, sokong PKR dan DAP, baru saya tahu betapa azabnya.
Disekat dengan apa cara pun.
"Janganlah disekat, ini bukan zaman 50an dahulu. Rayat sudah pandai, ada citarasa.
"Saya
lama dalam Umno. Dahulu Umno bagus, tapi sekarang saya nampak Umno tak
bagus lagi. Yang bagus-bagus dalam Umno pun dah sokong Pakatan Rakyat,"
jelasnya./~malaysiakini
Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk
13 minutes ago