KOTA BHARU: Biar pun posisi Ustaz Fadzil Mohd Noor
sebagai Timbalan Presiden Abim, namun pandangannya dihormati Datuk Seri
Anwar Ibrahim walaupun beliau sebagai presiden ketika itu.
Ketika
itu Ustaz Fadzil menasihatkan Anwar supaya tidak hadir pada forum
bersama Kassim Ahmad dianjurkan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya
(PMUM) pada 1982.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata,
pada masa itu beliau dan rakan-rakan PMUM menganjurkan forum tersebut
bagi mendengar penjelasan Kassim selepas keluar daripada tahanan di
bawah ISA.
“Kami sengaja menganjurkan forum tersebut bagi mendengar dari mulut Kassim sendiri mengenai pengalaman berada di bawah ISA.
“PMUM juga menjemput Anwar sebagai panel kerana beliau sebagai presiden Abim. Namun apabila tiba masanya Anwar tidak datang.
“Jadi
saya sebagai pengarah program datang mendapatkannya di Yayasan Anda
tidak jauh daripada UM. Anwar memberitahu beliau tidak datang kerana
Ustaz Fadzil melarang menyertai forum tersebut,” katanya pada ceramah di
Guchil Bayam di sini malam tadi.
Husam berkata, beliau dan
rakan-rakan keliru dan tidak dapat memahami apa maksud larangan Ustaz
Fadzil sehingga terpaksa dipatuhi Anwar.
Menurutnya hanya selepas
tiga hari kemudian beliau dapat memahami larangan Ustaz Fadzil kepada
Anwar kerana telah lama mengetahui pendirian songsang Kassim terhadap
agama.
“Ustaz Fadzil begitu tinggi bacaan politik kerana lebih
awal mengetahui apa yang akan berlaku. Dia tidak mahu Kassim diberi muka
kerana kesesatannya,” ujarnya lagi.
Oleh itu beliau hairan
mengapa kerajaan lambat bertindak kerana sudah terbukti Kassim seorang
yang sesat kerana tidak mempercayai Nabi Muhammad saw.
Menurutnya juga kerajaan lambat bertindak kerana di belakangnya ada pemimpin besar yang ada hubungan dengan kerajaan.
“Cuba bayangkan kalau Kassim itu penyokong PAS sudah awal-awal lagi kerajaan bertindak,” katanya.
Hadir
sama pada ceramah itu Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Wan Abdul
Rahim Wan Abdullah, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, Ketua Pemuda PAS
Kota Bharu, Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan pendakwah, Ustaz Khairul
Ikhwan.
Sementara itu pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus
berkata, sesiapa yang menolak Hadis maka dia dengan sendiri keluar
daripada Islam.
Menurutnya syahadah seseorang itu tidak lengkap
kalau tidak disebut lafaz bahawa Aku Naik Saksi Bahawa Nabi Muhammad saw
Adalah Pesuruh Allah.
“Tidak percaya kepada syahadah yang kedua
bermakna sudah keluar dari Islam dan menjadi murtad,” katanya pada
kuliah di Medan Ilmu kelmarin./~harakahdaily
Sunday 2 March 2014
Kassim Ahmad: Anwar akur kehendak Ustaz Fadzil
2014-03-02T20:21:00+08:00
Nizar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI7 months ago
-
Nazri: DAP menang banyak pun, PM tetap Melayu8 months ago
-
SUKA MUHONG9 months ago
-
-
ATOK OH ATOK..11 months ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama7 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20158 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan8 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng9 years ago
-
-
-
-
-
new post10 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-