Oleh : MSO
Dalam negara seakan sedang bergabun dengan kehilangan pesawat 
MH370 dan para pemimpin tertinggi Umno pula dalam kebuntuan mencari 
penyelesaian ke atas kehilangan itu tiba-tiba terdengar satu khabar 
ahli-ahli Parlimen Umno akan dipanggil untuk menghadiri satu pertemuan 
khas pada 25 Mac ini? Pertemuan itu terbatas kepada ahli-ahli parlimen 
yang tidak ada jawatan dalam Kabinet.
Himpunan itu katanya diaturkan oleh bekas perdana menteri yang masih 
hidup. Jelas ianya bukan Abdullah Ahmad Badawi. Rancangan pertemuan 
dengan ahli-ahli Parlimen itu menimbulkan tanda tanya. Difahamkan Najib 
Razak sudah pun memaklumkan perkara ini dan sedang memantau.
Besar kemungkinan tarikh itu dipilih sebelum berlakunya kehilangan 
pesawat MH370 itu. Mereka yang atau menetapkan tarikh itu tidak tahu 
akan kejadian itu. Bagaimana pun ia dipercayai ia ditetapkan sebelum 
Anwar Ibrahim djatuhi hukum penjara lima tahun.
Manakala kenapa tarikh 25 Mac dipilih adalah agar ia diadakan selepas 
keputusan pilihan raya kecil Kajang diumumkan. Berdasar kepada hipotesis
 ini jelas pertemuan itu ada membawa maksud tersembunyi.
Berkebetuan pula pesawat MH 370 hilang dan menjadikan ketua utama 
pemimpin negara dalam kebingungan ini menjadi pertemuan dirancangkan itu
 seperti orang mengantuk disorong bantal? Pertemuan itu seakan mahu 
mengasak dan memberi tekanan kepada pemimpin nombor satu sahaja.
Apa yang boleh diagakkan tujuan pertemuan itu bagi merancang dan 
mengambil sesuatu keputusan yang ada kaitan dengan pentadbiran Najib 
Razak. Kekalahan pasti calon MCA, Mei Fun  di Kajang akan dijadikan kayu
 ukur kepada kelemahan kepimpinan politik Najib, manakala kehilangan 
pesawat MH 370 yang membawa 239 orang penumpang itu akan dijadikan 
alasan bonos untuk mengatakan pengurusan Najib sangtat lemah.
Di mana dan jam berapa pertemuan itu akan diadakan tidak dapat 
dipastikan. Apa yang terdedah sudah, ialah seorang ahli parlimen bersama
 seorang bekas wartawan pernah bersama Mahathir di sebuah pulau di 
Langkawi. Katanya seseorang menjadi wakil kepada Muhyiddin Yassin juga 
turut hadir? Tunggu maklumat dan laporan seterusnya. "Awani" berhenti 
rihat sekejap. [wm.kl.12:33 pm 18/03/14]
-http://msomelayu.blogspot.com/ 
Krisis Bersatu: Ini pendirian PAS
22 minutes ago



What i don't realize is in fact how you're not actually much more
ReplyDeleteneatly-preferred than you may be now. You're very intelligent.
You know thus significantly on the subject of this matter, produced
me for my part imagine it from a lot of varied angles. Its like men and women aren't interested unless it's something to accomplish
with Lady gaga! Your own stuffs excellent. All the time take
care of it up!
Look into my weblog - extenseur pénien