Penganalisis jenayah percaya tiada unsur bunuh diri dalam misteri
kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan pesawat itu selamat
mendarat di suatu kawasan yang tidak diketahui lokasinya.
Presiden Kesedaran Pencegahan Jenayah, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang
Yahya berkata berdasarkan fakta-fakta diumumkan setakat ini, sesiapa jua
yang mengambil alih pesawat itu tidak berniat untuk membunuh diri.
Katanya ini kerana pihak yang bertanggungjawab nampaknya membuat
perancangan teliti dan amat pakar tentang selok-belok penerbangan serta
kedudukan radar termasuk cara untuk mengelakkan pesawat itu daripada
dikesan.
Dr Saharuddin juga percaya sesiapa sahaja yang mengambil alih pesawat
Boeing 777-200ER itu berpengalaman mengendalikan pesawat itu.
"Walaupun pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam situasi sebegini,
namun saya jangkakan tiada unsur bunuh diri melibatkan juruterbang
pesawat berkenaan," katanya kepada Bernama.
Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dalam
penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada imbasan radar
kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi 8 Mac lalu. Pesawat itu sepatutnya
mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama.
Sehingga kini, nasib penumpang dan anak kapalnya tidak diketahui apabila
usaha mencari yang melibatkan pelbagai negara, belum membuahkan hasil.
Ia telah didedahkan sebelum ini bahawa seseorang dengan sengaja
mematikan sistem komunikasi dalam pesawat itu dan menurut data satelit
Inmarsat, pesawat itu dikesan terbang beberapa jam selepas itu.
Pihak berkuasa Malaysia percaya pesawat itu terbang ke arah barat
Semenanjung Malaysia sebelum membelok ke arah barat laut dan memasuki
sama ada koridor utara yang menjangkau lebih kurang dari sempadan
Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand; atau
koridor selatan meliputi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan
Lautan Hindi.
Operasi mencari dan menyelamat terus dipergiatkan membabitkan 26 negara
antaranya Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan,
Bangladesh, India, Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia .
Dr Saharuddin berkelulusan Doktor Falsafah Antropologi Sosial dari
Universiti Antarabangsa Wisconsin di Amerika Syarikat, dan menaungi
beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) selain menjadi tenaga
pengajar di Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia
(AIMST), cawangan Kuala Lumpur, dalam bidang Antropologi sejak 2009.
Berkecimpung sebagai pejuang hak pengguna selama lima tahun, beliau yang
kini berusia 52 tahun itu kerap ditemu bual media tempatan mengenai
isu-isu melibatkan keselamatan dan kepenggunaan.
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-