(Basyar Abkadir)
KUALA
LUMPUR 8 FEB: Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata,
usaha menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang
direncanakan pihak tertentu dalam Umno menunjukkan sikap ahli parti itu
yang mementingkan diri.
“Terdapat kelompok yang berpendapat bahawa perlu untuk menjatuhkan
Najib sebelum Umno ditolak secara keseluruhan. Saya lihat golongan ini
mementingkan diri sendiri.
“Najib pula hanya melaungkan retorik transformasi. Hakikatnya tiada
tindakan ke arah peningkatan taraf hidup rakyat. Orang Umno sendiri
marah dengan Najib.
“Jadi, ada pihak menggunakan isu ini dan mengambil kesempatan untuk menjatuhkan Najib,” kata Mahfuz kepada Keadilandaily.
Dalam pada itu, Mahfuz turut mengulas tindakan bekas perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir yang banyak mengkritik kepimpinan Najib.sejak
kebelakangan ini.
Namun ia dilihat tidak ikhlas kerana seolah-olah bertujuan menaikkan
anaknya (Mukhriz) walaupun Umno sendiri telah menolaknya pada pemilihan
yang lalu.
“Saya rasakan Mahathir perlu tegur kepimpinan Najib untuk kebaikan
negara. Bukan untuk kepentingan anaknya (Mukhriz). Anaknya sudah ditolak
parti pada majlis pemilihan Umno yang lepas,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59110
Lubang benam ‘telan’ jemaah solat Jumaat
24 minutes ago