Monday, 17 February 2014

Peluang 50-50 di PRK Kajang - Mahathir

PUTRAJAYA 16 Feb. - Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang 50-50 dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, peluang itu tetap ada tidak kira siapa calon yang menjadi pilihan BN untuk menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Biarpun peluang untuk menang 50-50, perkara itu bukan satu masalah tetapi PRK kali ini BN perlu bertanding," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kejohanan Kanu Kebangsaan Putrajaya Ke-12 di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai peluang dan keperluan BN untuk bertanding di PRK Kajang selepas Anwar mengumumkan beliau akan menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk kerusi tersebut.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Lee Chin Cheh daripada PKR meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Anwar yang merupakan Penasihat parti tersebut bertanding di kawasan berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac depan sebagai hari penamaan calon dan 23 Mac sebagai hari pengundian.

Ditanya mengenai calon yang akan dipilih BN untuk PRK nanti, Dr. Mahathir berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada BN untuk membuat keputusan.

''Siapa calonnya saya tidak tahu, itu terpulang kepada mereka (BN)," katanya. - Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)