Oleh : Shahbudin husin
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim akhirnya
mengesahkan hasratnya bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihanraya
kecil DUN Kajang pada 23 Mac depan. Setelah mendapat lampu hijau
daripada isterinya dan menganggap penyertaannya dalam pilihanraya ini
sebagai hadiah Valentine, Zaid juga tidak menyembunyikan hasrat
sebenarnya ialah untuk menghalang Anwar daripada menjadi Menteri Besar
Selangor.
Menurut Zaid, sekiranya beliau menang dan Anwar kalah, maka amanlah
Pakatan Rakyat di negeri Selangor dan Khalid Ibrahim akan terus kekal
sebagai Menteri Besar Selangor.
Dengan alasan sebegini, penyertaan Zaid dalam pilihanraya ini tidak
lebih menunjukkan jiwanya yang celaru dan keliru. Selain tidak ada
sesiapa yang memintanya menjadi pengaman dalam Pakatan Rakyat, impiannya
untuk menang dan sekaligus memastikan kemaraan Anwar dapat disekat juga
jauh panggang dari api. Walaupun memberi contoh sokongan hebat yang
diterimanya semasa bertanding di Hulu Selangor tidak lama dulu, Zaid
barangkali terlupa bahawa ketika itu beliau bertanding atast tiket PKR
dan mendapat sokongan kuat daripada Anwar sendiri.
Kekeliruan dan kecelaruan jiwa Zaid ini sebenarnya boleh dilihat
daripada sejarah perjalanan politiknya yang kacau-bilau. Zaid pernah
menjadi Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Kota Bharu sebelum
digantung kerana didakwa terlibat dalam politik wang. Beliau kemudian
dijadikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri oleh Pak Lah dengan
bertanggungjawab mengenai hal ehwal undang-undang.
Disebabkan tidak bersetuju dengan kes penahanan ISA dan mungkin
merasakan Pakatan Rakyat mampu menumbangkan BN, beliau kemudian
meletakkan jawatan dan menyertai PKR. Ketika pilihanraya kecil Hulu
Selangor diadakan tidak lama selepas itu, Zaid dipilih sebagai calon
mewakili PKR.
Walaupun kalah dengan kekurangan undi sebanyak 1725 dalam pilihanraya
itu, Zaid mula merasakan beliau orang penting dalam PKR. Dalam pemilihan
PKR selepas itu, beliau menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan
Presiden dan berhadapan dengan Azmin Ali yang merupakan antara penggerak
awal gerakan reformasi. Wujud tanggapan bahawa beliau bertanding
jawatan nombor dua ketika itu dan Anwar pula sedang menghadapi kes liwat
di mahkamah adalah bertujuan memastikan PKR berada dibawah terajunya
suatu hari nanti.
Apabila hasratnya untuk menjadi orang nombor dua PKR tidak kesampaian
dan tidak mendapat sokongan Anwar, Zaid lalu keluar dari PKR dan
mengambil alih sebuah parti yang tidak dikenali dan menukarnya menjadi
parti KITA.
Malangnya parti itu tidak mendapat sambutan, malah dipenuhi dengan
krisis sesama sendiri yang akhirnya membuatkan Zaid sekali lagi
meninggalkan parti yang ditubuhkannya sendiri.
Sejak tidak berparti dan seolah-olah menjadi "hantu raya tak bertuan",
Zaid aktif dalam penerbitan buku dan penulisan di alam maya. Tulisannya
seringkali kritikal terhadap kerajaan dan seolah-olah masih tersimpan
keyakinan di dalam hatinya terhadap Pakatan Rakyat untuk mentadbir
negara dan memberi perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat.
Dengan sejarah yang tidak menentu ini, tidak ada sesiapa yang dapat
memahami apa sebenarnya yang dimahu dan diperjuangkannya melalui
politik. Dengan melompat dari satu wadah ke satu wadah apabila terkehel,
akhirnya hasil perjuangannya tidak dirasai oleh sesiapa pun.
Dalam pilihanraya kecil Kajang ini, sekali ini terlihat jiwa keliru dan
celaru Zaid. Pada 31 Januari lalu, beliau menulis di twitternya, "Saya
akan turun ke Kajang untuk membantu Anwar Ibrahim."
Kemudian pada 2 Februari, beliau menulis lagi dengan memuji Anwar,
"Anwar telah membuat keputussn tepat untuk menjadi MB. Harimau mesti
berhadapan dengan singa baru selesa rakyat jelata."
Entah apa yang merasuknya untuk tiba-tiba berubah fikiran, bukan saja
menjadi calon Bebas bahkan mahu menghalang Anwar daripada menjadi
Menteri Besar Selangor yang pernah dipujinya sebagai keputusan tepat
itu, tiada siapa yang tahu kecuali dirinya sendiri. Lebih menarik lagi,
beliau juga mahu menjadi benteng paling hadapan mempertahankan kedudukan
Khalid Ibrahim daripada diambil alih oleh Anwar Ibrahim.
Ewah..ewahhh...
Dengan ketiga-tiga mereka berbinkan Ibrahim, pertelagahan ini seperti
krisis adik-beradik berebutkan harta pusaka yang puncanya dicetuskan
oleh seorang adik bernama Zaid saja layaknya.
Sahnya penyertaan Zaid dalam pilihanraya kecil Kajang ini bukan saja
memungkinkan hubungan Anwar dan Khalid tidak lagi semesra dulu, tetapi
juga bermakna sudah lima calon yang sudah menawarkan diri. Selain Anwar
yang akan bertanding atas tiket PKR, mereka yang turut berhajat ialah
ialah Nallakaruppan, penyanyi Herman Tino dan Yuktes Vijay, bekas
pembantu kepada peguam Sivirasa.
BN pula bukan saja belum memutuskan calonnya, bahkan tiada kepastian lagi sama ada ada bertanding atau tidak.
Nalla menawarkan diri dan berharap BN tidak meletakkan calon lain,
semata-mata bertanding atas dendam peribadi dengan hasrat untuk
mendedahkan semua keburukan Anwar yang diketahuinya. Begitu juga dengan
Yuktes, hasratnya bertanding Bebas tidak lain untuk mencaci dan
memburuk-burukkan peribadi Anwar.
Sama seperti Nalla dan Yuktes yang mahu bertanding kerana ada dendam
peribadi dengan Anwar, Zaid juga jika dilihat daripada perjalanan
politiknya turut terlihat mempunyai unsur-unsur dendam peribadi yang
mahu dilangsaikannya melalui pilihanraya kecil DUN Kajang ini.
Hanya Herman Tino, walaupun tidak mempunyai sejarah politik sebelum ini,
terlihat mempunyai nawaitu politik yang lebih murni berbanding Zaid,
Nalla dan Yuktes. Seperti menulis di twitternya, Herman Tino bertanding
hanya ingin membawa politik damai dan menawarkan pemimpin yang pandai,
bukan memandai-mandai, sebagai pilihan kepada pengundi Kajang.
Sejauh mana politik damai dan kepimpinannya yang pandai itu mahu
diterjemahkan, biarlah pengundi Kajang sendiri membuat penilaian.
Oleh kerana Nalla dan Yuktes hanya bertanding atas sebab-sebab peribadi
dan barangkali hanya pengundi gila saja yang akan memberi undi kepada
kedua-dua mereka itu, manakala jika pun ada simpati di kalangan pengundi
Kajang untuk mencampakkan serpihan undi kepada calon-calon Bebas dan
tak bertuan yang lain, memberi undi kepada Herman Tino adalah 1000 kali
lebih baik daripada memberikannya kepada Zaid Ibrahim.
Sekurang-kurangnya politik damai yang mahu dibawanya lebih menyejukkan
hati berbanding Zaid yang ternyata keliru, celaru dan kacau-bilau
sepanjang perjalanan yang telah dilaluinya. (SH 17/02/2014)
- http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-